Kejayaan Sebenar

by Monday, July 27, 2015 0 comments
Ada yang bertanya suami saya. Isteri tu sambung PhD sebab apa? sebab nak kerja kerajaan ke?

Kalau 3 tahun dulu...jawapan saya "Ya". Sebab nampak pulangan gaji yang tetap.

Tapi kini, saya sudah mencipta impian tinggi melangit untuk kerja sendiri. Buka legasi perniagaan sendiri.

Habis tu, PhD untuk apa?

Sebagai medium untuk terus mengali ilmu dan ingin menjadi pakar dalam bidang yang saya minati.
..dan bidang perniagaan medium untuk menggarap potensi diri. Membangunkan ekonomi bangsa sendiri.

Sebab itu, bila membaca artikel Kosmo ni, mengingatkan saya pada beberapa orang rakan sekolah yang duduk di kelas2 belakang masa di sekolah dulu, dan kini berjaya dalam perniagaan sendiri. Dah ada yang jadi jutawan pun.

Kejayaan dan pencapaian bukan pada kelulusan. Tapi pada sejauhmana dia menggunakan potensi yang ada dalam diri, dia keluarkan, dia garap, dan manfaatkan.

Jatuh bangun dalam dunia perniagaan bukan suatu yang mudah. Tapi selalunya yang bangkit sesudah jatuh itu yg akan berjaya.

..dan yang paling penting, pulangan dan hasil beribu-ribu sebulan itupun belum lagi satu kejayaan. Kejayaan yang sebenar adalah bilamana kita mampu membawa gaji bulanan itu sebagai medium kita, keluarga dan orang sekeliling ke syurga.

:)


.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: