Bismillahirrahmanirahim... Dengan nama Allah yang Maha Mulia, serta junjunganNya nabi Muhammad SAW. Kerana dengan ihsan dariNya, insankerdil ini masih berada di sudut dunia,menumpang untuk terus bernafas.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Nikmat yang tidak terhitung banyaknya. jika dikira dengan jari, habis semua jari yang ada. jika dikira dengan nombor, tidak tertinggal satu pun yang terbilang, jika dikira dengan huruf, tiada satu patahpun yang terkecuali mentafsir setiap nikmatNya.

Benarlah kalam suci Allah... “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilanganya” ~ Syrah Al-Baqarah :Ayat 34

Ya, kita takkan berupaya menghitung satu persatu nikmat dariNya. Termasuklah nikmat keupayaan untuk menulis. Sekian lama tidak menukilkan sesuatu peringatan di ruangan maya ini, terasa sedikit janggal untuk menyediakan ruang untuk berfikir dan mencurahkan ilham. Mungkin sudah agak berkarat kerana nikmat yang diberikan untuk menulis sebelum ini banyak dihabiskan dengan perkara yang kurang manfaatnya. Atau kurang berjaya menguruskan masa dengan baik.

Tinggalkan kekurangan semalam...fokuslah sesuatu yang lebih baik untuk esok. ya, teruskan melangkah..dan berkira-kira lah untuk melakukan sesuatu semoga ianya lebih baik dari semalam. kita seakan lupa..Allah selalu memberi ruang dan peluang untuk terus memilih yang terbaik, namun...hanya kita yang selalu memilih yang kurang baik dek kerana kurangnya akal untuk timbang-timbang sesuatu perkara.

Semoga Allah terus memberi kekuatan pada kita untuk terus memilih yang terbaik antara antara yang baik atas setiap keputusan yang kita lakukan pada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar urusan... Insyaallah..

”Ya Rabb.. aku tidak mohon untuk tidak diuji. Sesungguhnya aku akur, bahawa di setiap desah nafas, derap langkah, kejadian dan peristiwa, baik dan buruk adalah takdir yang Kau tetapkan kepadaku seperti yang telah dicatat oleh Qalam, yang telah tersimpan kemas di Luh Mahfuz. Maka itu Wahai Tuhan Pemilik sekalian jiwa, aku mohon agar Kau berikan kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan setiap ujian-Mu. Aku mohon agar Kau sentiasa perhatikan aku yang sedang memikul pemberian-Mu.. berikan kesabaran kepadaku.. permudahkan laluanku.. tenangkan hatiku agar bersabar dan bersyukur menempuh liku kehidupan.. berikan kemampuan kepadaku untuk menggalas amanah-Mu – dalam anugerah, dalam musibah, dengan syukur, dengan sabar – dengan redha.. demi meraih redha-Mu”.

Lupakan kegagalan semalam....dan kaki ini akan terus melangkah ke hadapan..InsyaAllah :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah....lama benar tidak menjengah ke sini...
Posting terakhir pada Julai 2012...sekarang dah Februari 2013...bermakna lebih kurang 7 bulan tidak menjengah ke sini...lamanya.

Sambil menunggu jam 5 petang, untuk berangkat pulang...tiba-tiba teringat akan ruangan ini. Terasa rindu pula untuk menulis... Subhanallah, waktu ini juga satu persatu azam yang dahulunya pernah disemat rapi..seperti timbul semula di runag fikiran...

Menulis untuk melebarluaskan kebaikan...umpama pahala yang 'hidup'...berjalan selama mana ada orang yang sedang mengambil manfaat apa yg disampaikan..

Bila teringat akan niat itu..hati mula berbunga..terasa semangat mula menjalar halus membuahkan tindakan...mula terasa untuk menyambung perjuangan  menyampaikan kebaikan diruangan maya ini..insyaAllah...


Bercerita tentang 7 bulan yang lalu...
bukannya tiada masa untuk menjengah lantas meletuskan fikrah di sini..
bukannya tiada idea untuk berkongsi cerita....

tapi..mungkin kerana tiada semangat yang datang betul-betul dari niat yang suci...
bukankah tindakan itu mudah datang dari kemahuan?

Berbalik pada tajuk...
7 bulan yang lalu....pelbagai cerita sudah berlaku....
alhamdulillah....satu fasa baru dalam 7 maratib amal sudah ditapaki...esok genap 6 bulan usianya.
masih baru...terlalu baru...dan terasa baru..

Mitsaqan Ghaliza..alhamdulillah...Allah permudahkan semuanya...
Namun, menjengah ke fasa baru bukanlah semudah yang disangka...
benarlah persangkaan suatu ketika dulu...perkahwinan adalah tanggungjawab...berat..namun, didalamnya penuh keberkatan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya...permudahkan sesuatu yang dilihat mustahil suatu  ketika dahulu.

Semoga Allah terus permudahkan....amin
Lama benar tak menjengah ke sini. Tiba-tiba rindu. InsyaAllah, kunjungan kali ini berniat untuk tinggalkan sesuatu. Sesuatu yang menjentik akal. Satu perkongsian dari seorang hamba yang mulia, ikhlas dalam memberi pesan. Pertama kali baca, rasa terpukul. Bagai kena pada diri sendiri. Tertanya-tanya juga, adakah layak untuk diri menjadi dai'e?
***
kau bukan seorang dai’e,
kau suka buang masa,
main game, movie dan berfacebook berjam-jam lamanya,
kau  tidak ada kerja  lain ke???

kau bukan seorang dai’e,
susah sangat nak tepati masa,
berkali-kali lambat datang halaqah muka kau selamba je,
cipta alasan untuk mengelak memang kau no 1 orangnya...

kau bukan seorang dai’e,
mutabaahmu*  tonggang langgang,
Qiammu langsung kau tak jaga, tilawahmu ala qadar sahaja,
dhuhamu  langsung kau lupa,
zikirmu penghayatan langsung tiada,
mentang-mentanglah murobiyah tak mintak dan tak tanya,
kau abaikan je  tanpa rasa tanggungjawab diri sendiri.

kau bukan seorang dai’e,
bangun pagi sangat liat gamaknya,
lepas subuh tu sambung tidur semula,
bangun lewat mengalahkan bukan dai’e pula...

kau bukan dai’e,
kebersihan kau tak reti jaga,
pakaian kau nampak selekeh sahaja,
jadual pun kau tak ada,
urusanmu serabut tak tentu hala...

kau bukan seorang dai’e,
andai perasaan sendiri kau tak  boleh kawal,
suka menyalahkan dan bersangka-sangka,
ukhuwah jadi lintang pukang kau kerjakan,
manakan rasa manisnya???

kau bukan seorang dai’e,
andai merajuk  tak tentu pasal,
tarik muka semacam je,
kau jadikan ukhuwah macam kuah,
mana perginya cinta kepada saudara seislam kerana Allah????

kau bukan seorang dai’e,
saudara seislam pun kau tak concern,
mc d, milo kau main bedal je,
cuba boikot  susah sangat ke?
tak kasihankah kau dengan mereka kat sana?

kau bukan seorang dai’e,
kerje tarbiyah suka buat ala qadar je,
preparation suka last minute belaka,
 prgram tak berjaya nak salahkan sapa???
diri sendri jugalah kau salahkan sepatutnya,

kau bukan seorang dai’e,
dah tahu satu jemaah buat la kerja  sama-sama,
kenapa nak buat seorang diri je,
push la yang lain untuk buat sama,
bagi faham sama-sama,
agar semua dapat merasa,
jangan nak salahkan orang je....

kau bukan seorang dai’e yang seperti mula-mula ditarbiyah dahulu, kau dah berubah setelah lama ditarbiyah, keselesaan berada dalam saf telah membuatkan kau leka dan terlupa…
tahukah kau makin tinggi pokok kau panjat maka makin kencang angin yang bertiup dan pokok bergoyang,
berpeganglah kau pada pohon itu sekuat yang kau mampu, walau taufan dan ribut yang melanda tetaplah tegar kau berpegang padanya, agar  kita tetap bersama berjuang mempertahankannya… berbuatlah walau kau merasa berat sekalipun..

berubahlah kau wahai dai’e…
MUJAHADAH.


Bukanlah satu ungkapan hebat yg terbit dari jiwa yg kental
Bukanlah sekadar ungkapan keras, memecahkan hening.

Tapi suatu tindakan yg maha hebat.
Menolak nafsu sehabis-habisnya.
Mengekang keinginan yang datang membawa keseronokan yg memusnahkan.
Menghapus gejolak jiwa yang membisikkan keindahan.
Satu usaha mememangkan Iman saat akal, hafsu dan hati berhempas-pulas berlawan.

Sehebat mana pun ungkapan mujahadah diungkapkan, tapi tiada tindakan yg mengiyakan, tiada guna.

" Enti, macam mana ya? Ana tak reti la nak menegur orang. Kadang tu dia buat salah, tapi ana tak sampai hati la nak tegur " Luah seorang sahabat.

"Kenapa, enti takut ya nak tegur dia?" Saya pula menyoal.

"Bukan, tapi.. Entah ! Ana rasa susahnya nak bagitahu kesalahan yang dia lakukan. Nanti, apa pula katanya bila ana tegur dia. Mesti dia terasa hati "

" Eh, boleh pulak macam tu ya?..Ok, sebelum ana bagi pandangan, ana nak tanya...apa tujuan enti nak tegur dia? "

"Hmm, mesti la nak suruh dia sedar akan kesilapan dia, dan nak dia terus dalam kebaikan "

"Hah, so apa tunggu lagi? Apa yang enti takutkan?"

Dia menjungkit bahunya.

"Enti, matlamat enti jelas! Enti nak dia sedar akan kesilapan dan nak terus dia dalam kebaikan. Jadi tegurlah!

***
Bukan mudah untuk menegur orang. Boleh jadi, orang yang kita tegur akan marah semula pada kita, dan boleh jadi dia akan terasa hati selepas kita menegurnya lalu menjauhkan diri dari kita. Itu kesannya jika kita mengambil langkah untuk menegurnya.

Bagaimana pula jika kita terus mendiamkan diri? Apa pula yang bakal terjadi? Boleh jadi dia akan selamanya dalam keburukan, dan boleh jadi dia akan lupa dan tidak sedar bahawa apa yang dia lakukan itu bukanlah suatu kesalahan dan dosa.

Antara dua tindakan, mana satu yang lebih baik?

Mungkin, di antara kita akan terus berkira-kira lagi....

'Nanti, dia akan marah, tak pun dia akan terasa hati...yelah, manusia mana yang suka ditegur?'

Jawapannya, manusia mana yang maksum? manusia mana yang tidak lakukan kesilapan? Semua orang punyai kebarangkalian untuk buat silap. Jadi penawar terbaik adalah teguran. Siapa lagi yang layak menegur, jika bukan kita yang melihat?

Teguran bukti kasih sayang.

' Ana sayang dia, sebab itu ana takut nak tegur, nanti dia akan menjauhi dirinya dari ana '

Tapi, relakah kita melihat dia selamanya dalam kemungkaran? Jika kita terus diamkan diri, adakah itu buktinya kita sayangkan dia?

Kasih sayang kerana Allah, adalah kasih yang tidak berpenghujung. Bukan sekadar di dunia, tapi untuk kesinambungan di akhirat sana. Kadangkala, melihat dirinya, membuatkan diri kita berdoa di dalam hati supaya kita akan terus bersamanya di syurga nanti. Namun, bagaimana kita ingin pastikan dia dan kita menuju jalan yang di redhai, jika kesalahan yang dia lakukan walhal di depan mata kita sendiri, kita tak mampu menegurnya?


Tegurlah kerana Allah, dan kerana matlamat akhirat.

Soal dia terasa hati, atau marah kembali kepada kita yang menegur, letaklah pada soal yang kedua. Yang pertama, bertindaklah menjernihkan sesuatu yang salah dengan memberi kefahaman yang betul kepadanya. Soal kefahaman, adalah hak Allah. Tugas kita yang melihat, adalah menyampaikan kebenaran dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh sahabat yang kita sayangi. Mungkin boleh jadi, dengan usaha kita hanya kerana Allah itu mampu membuka hatinya lantas berubah ke arah kebaikan.

Sedangkan, Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah, ketika mengalihkan 'pandangan' baginda daripada Abdullah Bin Ummi Makhtum yang dikisahkan dalam surah Abasa.

Walhal, Baginda SAW yang bersifat maksum juga, ditegur oleh Allah akibat kekhilafan yang ditunjukkan untuk ummat Baginda seolah-olah berkata bahawa pembaikan pada sesuatu jalan keburukan itu perlu dilakukan dengan teguran yang bermatlamat.

' Macam mana nak tegur dia?'

Berhikmahlah. Aturkan bahasa sehikmah mungkin. Nyatakan kesalahan apa yang dia lakukan, dan nyatakan juga apa seharus dia lakukan. Jelaskan pembaikan, dan berjanjilah dengannya supaya pembaikan itu dilakukan bersama-sama. Tegurlah dari hati, pasti akan sampai juga pada hatinya. Di akhirnya, jelaskanlah tanpa malu...bahawa tindakan menegurnya adalah tanda sayangnya kita pada dirinya usaha untuk kita terus bersamanya di dalam kebaikan. Sama ada, reaksinya faham atau tidak, dapat terima dengan negatif atau positif, pulangkan pada Allah yang Maha Memegang hati-hati hamba-Nya.

Kerana itu, tindakan akhirnya...doa.
Berdoalah semoga dia mampu berubah..dan semoga kita mampu menjadi orang tengah di antara dia dengan jalan kebaikan.

Jadi, tegurlah.... Jika kita sayangkan dia..dan berniat untuk bersamanya di syurga kelak.

****
~ Fuhh.... Alhamdulillah, akhirnya mampu mencuri masa mencoretkan sesuatu di sini.
ALLAH...redhailah masa saya. Amin.

Satu artikel menarik untuk dikongsi.

sumber: facebook ukhti Azimah.

***

Assalamualaikum, Bismillahirrohmanirrohim.

Tak dinafikan bahawa betapa pentingnya ikhwah kepada akhawat. begitu juga akhawat memerlukan ikhwah. kadangkala dalam beberapa program dan syuro, idea-ida bernas dan juga contoh gerak kerja membolehkan kedua-dua belah pihak mendapat manfaat yang seawajarnya daripada perbincangan.


Kadangkala, ada yang ikhwah tak mampu nak buat, tapi di sebelah akhawat, itu adalah hal yang 'simple' sahaja.


Begitu jugalah ada juga hal yang tak terjangkau di pemikiran akhawat, tapi ia adalah hal yang 'gampang'@mudah bagi ikhwah.


Sekali sekala kalau dapat buat syuro dan perbincangan sesama ikhwah akhawat adalah satu hal yang mubah selagi ia tidak membawa kepada hal-hal maksiat atau yang dilarang oleh Allah.


Apatah lagi hati manusia bukanlah suatu hal yang mudah untuk dijaga. Belum tentu dah ikut halaqah bertahun-tahun adalah jaminan bahawa hati mereka tidak mampu diusik oleh syaitan dan iblis terlaknat.


Belum tentu hati ikhwah akhwat yang berdakwah tak mudah dijerat oleh nafsu yang seringkali menodai manusia. ia kadangkala mudah diubati, tapi bila sudah kena penyakit, ubatnya bukan mudah dicari di farmasi-farmasi terkemuka. Bukan mudah dicari di klinik atau hospital, bahkan di HUSM yang dikatakan banyak membuat 'research' itu pun, tak mampu untuk mengubati hati manusia. Fokuskan lagi hati para du'at. (ikhwah dan akhawat).


Ada juga pendapat, ikhwah akhawat yang masih baru dalam halaqah jangan dilibatkan program yang bercampur-baur ini, takut hati mereka tak di jaga. Lainlah kalau sudah peringkat core. Emmm, pendapat ini nampaknya songsang.


Tidak ada jaminan bahawa yang dah core ke tahap 'dewa' sekali pun, ia mampu mengetatkan skru iman di dadanya, bahawa ia tidak terdedah dengan sindrom hati ini.


Ikhwah bila sudah bertemu akhawat, biasanya akan jadi kaget buat kali pertama. Itu lumrah barangkali.


Begitu juga pada akhawat, akhwat akan rasa lebih 'control' depan ikhwah.


Kata akhi Shuhami di UTM dulu, akh, biasalah akh, akhawat, diorang mestilah rasa macam tu, sebab sapa lagi yang diorang nak pilih sebagai suami, mestilah ikhwah.


Betul kata shuhaimi, begitu juga lah pada ikhwah, kerana sudah meletakkan target bahawa akhawatlah bakal jadi isterinya, maka, berhadapan akhawat adalah satu fenomena yang mendebarkan. Boleh jadi si akhawat itu bakal isteriku!Control...control.


Apatah lagi sudah wujud baitudduat, ketka wujud badan yang menyusun rumah tangga ikhwah akhawat ini, ikhwah boleh request akhawat, akhawat juga boleh request ikhwah yang berkenan di hati.


Bagaimanapun, request itu belum tentu menjadi, dalam kes-kes tertentu, ikhwah atau akhawat yang direquest, sudah ada calonnya, atau sudah direquest oleh orang lain. Sama ada akhawat atau bukan akhawat.(dalam kes ikhwah).Sama juga sebaliknya.


Sebab itu betapa penting peranan murobbi dalam hal ini. Mereka mesti mengawal hal ini supaya tidak berlaku pencairan atau percampuran yang seharusnya tidak terjadi.


Budaya chat yang terlalu kerap, bahkan mungkin setiap hari, atau setiap petang dan malam, kemudian berSMS lagi tiap pagi, petang dan malam, kemudian syuro lagi setiap hujung minggu menjadikan ruang-ruang itu makin meluas. Ia ruang yang mampu untuk turut sama diusik dan digoda makhluk halus berjenama syaitan.


Eloklah budaya ini dikawal, kalau mungkin diperlukan, boleh kurangkan seminima mungkin. Apatah lagi banyak perbincangan yang diadakan kadangkala tak memerlukan pun penglibatan mana-mana pihak.


Boleh jadi, ia akan selesai hanya dengan sesama jantina sendiri.


Boleh jadi, menyuarat yang diadakan sangat kerap, boleh dibuat apabila ada hal-hal yang memerlukan. Bila mesyuarat, kedudukan ikhwah akhawat elok kalau dibuat ikhwah di depan, akhwat di belakang. Maklumlah, akhawat ada banyak hal-hal yang tak mudah dicapai oleh minda ikhwah.


Berlapang dada itu...
cukup indah...
saat menyesakkan dada...
menambahkan gelora...
ia datang membugarkan jiwa...
menenangkan rasa.

Bila diri dihambat duka...
kerana kata tersilap baca...
sehingga hati cerah menjadi buta...
memakan rasa menikam dada...
bagai luka dicurah cuka.

Bila warna berbeza datang menyapa...
berkira-kita untuk memandang sebelah mata...
jika mengangguk dan membenarkan kata...
nanti diri pula merasa merana...
bila fikrah dipandang sebelah mata.

Namun, bila ada rasa terbuka...
dan ingat sentiasa...
bahawa setiap jiwa berlainan warna...
dan insan itu bersifat alpa...
akan hadir rasa selesa...
menjalar rasa sejuk menyapa deria...
sehingga kita tersdar bahawa...
dia dan kita...

cuma hamba.... ;))

Tik..tok..tik..tok…

Jam berdetik, seperti tak pernah puas bergerak.

Sedar tak sedar hari ni dan masuk 22 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Kalau ikutkan rasa ni, macam baru seminggu Ramadhan. Rupa-rupanya dah tak lama Ramadhan nak pergi. Uhuk, sedihnya. Sedih sebab terasa belum lagi rebut peluang yang ada sebaik mungkin. Juzuk Al-Quran banyak lagi yang tak habis, solat sunnat pun ada yang ter’miss, amal jariah belum banyak lagi. Cemburunya pada orang yang diberi kesempatan yang penuh untuk beribadat dan beramal. Yang sentiasa di masjid, beriktikaf, bersedekah apa yang ada, menghabiskan hari-hari penuh dengan tadarus. MasyaAllah.

Tapi bila difikirkan, siapa yang terkecuali dari diberi peluang untuk dapatkan keberkatan Ramadhan? Rasanya semua orang berpeluang. Peluang yang sama. Kalau tak mampu ke masjid, di rumahpun boleh, pahalanya sama. Kalau tidak punyai rezeki yang banyak untuk bersedekah, cukuplah dengan sebiji kurma. Kalau tidak cukup masa untuk bertadarus, beramal dengan al-Quran biarpun sedikit, itu lebih baik dari membaca tanpa amal. Subhanallah. Rupanya nikmat Allah itu cukup luas ya. Dia beri semua untuk hambanya. Tiada siapa terkecuali. Sekarang tinggal kita je untuk persembahkan amal.

Hmm...

Dihitung-hitung, tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Sisa-sisa hari yang tinggal rasanya nak manfaatkan sepenuhnya. Hari-hari adalah bermakna. Yelah, tahun ini adalah tahun yang sangat seronok sebab dapat berpuasa penuh di kampung setelah masuk 6 tahun sejak bergelar sebagai seorang pelajar. 6 tahun lalu, berbuka dengan juadah yang dibeli di kafe atau di bazar, atau berbuka bersama-sama di masjid. Bermanfaat juga juga lama-lama ni rupanya. 2 bulan berlalu, cukup rasanya mengajar diri menjadi suri rumah sepenuh masa. Setiap 2 atau 3 hari sekali kena pergi pasar, atau ke kedai beli barang dapur, setiap hari juga kena fikirkan menu apa yang nak di masak. Rutin yang agak seronok sebenarnya. Dan yang paling seronok saat berbuka. Tak pernah lagi puasa kali ini berbuka sorang-sorang melainkan dengan hilai tawa bersama adik beradik dan anak saudara yang penuh karenah. Inilah masa yang beharga. Berkumpul bersama. Menghayati saat-saat yang jarang dilalui sejak 6 tahun lalu. Seronok.

...alhamdulillah, masih diberi peluang melalui saat-saat itu... :)

Betul la orang kata bahawa setiap hari adalah hari beharga. Ianya beharga bila kita meletakkan harga padanya. Menghabiskan dengan sesuatu yang memberi imbuhan pasti akan ada nilainya. Namun, jika dibiarkan hari-hari berlalu tanpa dimanfaatkan, ianya kosong, dan menjadi tak beerti. Kerana itu jadilah kita orang yang rugi. Nauzubillah.

As-Syahid Imam hassan Al-Banna juga ada meletakkan satu tanda aras bagi menjadi muslim sejati dalam 10 muwasoffat muslim. Harithun Ala Waktihi. Berdisiplin dengan masa. Masa itu lebih beharga daripada emas, dan pepatah Arab ada menyebut, masa itu ibarat pedang. Boleh menghancurkan diri jika tidak menjaganya. Kerana itu betapa pentingnya mengurus masa dan merancang yang terbaik setiap hari. Agar tidak disibukkan dengan perkara yang melalaikan diri.

"Demi masa.." Al-Asr:1

Berdebar-debar.

Gelas ditangan terasa bergetar.
Manisan itu terasa pahit,
Senyuman mereka tawar.

Buat itu, salah...
Buat ini, pun salah...

Luka di jari tidak terasa sakit..
fikiran menerawang, terbang jauh...

Panggilan mereka tidak tersahut...
Bebelan juga terasa biasa...
Tiada bekas tertinggal di hati.

Semalam telah ku rancang yang terbaik,
bagai ingin membina mahligai kaca,

Hari ini, tawar dan hambar...
Kelam dalam lesu...

Tiba-tiba sebak menyapa..
Memaksa kelopak menjatuhkan air mata.

Mungkinkah?
Andai ini jawapan istikharahku...

..ku redha.

La haula wala kuwwata Illah billa hi azimm.

Seorang hamba kepada seorang tuan yang kaya raya, yang miliki kemewahan dunia, sangat patuh pada perintah. Pantang tuannya mengarah, lantas dia bangun biar bagaimanapun situasinya ketika itu. Hambanya itu akur, dan tidak membantah, kerana dia sedar, dia cuma hamba yang dibayar gaji oleh tuannya. Jadi tugasnya adalah berkhidmat untuk tuannya. Patuh segala arahan, tunduk pada segala larangan. Jika sebelum masuk bekerja sebagai hamba, dia sedar bahawa dia harus tahu apa yang boleh dia lakukan, dan apa yang tidak boleh dia lakukan. Dia harus sedar akan itu. Dan dia harus berhati-hati.

Saat itu ketaatannya harus berpusat pada tuannya sahaja. Apapun yang diminta oleh tuannya, dia berazam untuk penuhi. Biarpun kadangkala, tanpa minta dari tuannya, dia sudah sediakan. Dengan harapan, biar sayang tuannya tertumpah juga buatnya yang memberi khidmat terbaik. Jika tidak lakukan kerja yang diminta, habuannya kelak pasti tidak akan diperolehi malah murka tuannya yang akan dia dapat.

Itu kisah seorang hamba..

Bagai mana pula dengan kita?

Kita bukan hamba?

Hakikatnya, kitalah seorang hamba yang sebenar-benarnya hamba.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”. (Az-Zariyat: 56)

Siapa yang tidak mengaku sebagai hamba Allah? Kalau ditanya muslim yang ada, semuanya mengaku diri sebagai hamba-Nya.

Tapi dalam pengakuan itu, berapa ramai yang berusaha menjadi hamba yang sebenar-benarnya hamba? Mempunyai rasa patuh kepada perintah Allah? Lihat sahaja isu biasa dikontroversikan. Bilamana Allah menyuruh muslim menjaga solat dan menutup aurat, macam-macam alasan yang ada. Sehingga macam-macam ’defence mechanism’ yang keluar.

"ala, yang pakai tudung tu pun bukannya baik pun”

"yang solat tu pun, buat dosa jugak”

Soal baik atau tak, itu nombor dua..yang utama, kepatuhan kita.

Kalau la kita seorang hamba kepada manusia, ketidakpatuhan kita pada suruhan tuan, akan membuatkan kita rugi. Tiada upah, tiada gaji. Tapi kenapa kita tak terasa pun rugi bila kita tak patuhi suruhan Allah, Tuan sekelian alam? Mungkin sebab kita tak terasa pun bahawa kita ni hamba, kan? Sebabnya, kita buat atau tak suruhan Allah, Allah tetap memberi. Celik sahaja mata di awal pagi, kita masih berpeluang menghirup udara segar, merasa bahagia dengan keluarga, sedangkan hari itu kita bangun tanpa dimulakan dengan solat subuh, dan menghabiskan hari-hari tanpa menutup aurat.

Tapi Allah itu sungguh penyayang. Biarpun hamba-Nya berkali-kali ingkar, tetapi diberinya nikmat yang tidak pernah putus-putus. Namun, jika kita ditimpa musibah atas kelalaian sendiri, pandai pula kita berteleku memohon ampun pada ’tuan’ kita, berdoa supaya idak terus diputuskan nikmat. Kerana sayang-Nya terlalu luas, siapapun kita, sebesar manapun dosa kita, akhirnya diterima taubat dan pengampunan tanpa syarat. MasyaAllah.

...dan cinta-Nya juga tanpa syarat.

Jika manusia yang menjadi tuan, setiap arahan dan suruhan kepada hambanya, pasti akan memulangkan imbuhan kepada dirinya. Jika hambanya tidak menjalankan tugas, hidupnya akan tidak terurus. Rumah tidak terjaga. Ternakan tidak berhasil. Hasil tanaman tidak mampu diusahakan, dan macam-macam lagi kesannya. Namun, jika Allah sebagai ’Tuan’ manusia, buat atau tidak, patuh atau taat seseorang hamba-Nya itu, langsung tidak mengurangkan atau menambahkemuliaan dan darjat-Nya. Langsung tidak menjejaskan keagungannya. Lantas, untuk apa makna kepatuhan kita sebagai hamba Allah? Kerana itu, cinta-Nya yang sentiasa membuahkan rezeki dan bahagia adalah kurniaan tanpa syarat. Tiada sebab itu, tiada sebab ini. Semata-mata hanya kita seorang hamba.

Jika kita hitung nikmat Allah, nescaya tidak terhitung banyaknya. Bukan sahaja nikmat yang dirasai oleh jasad, tetapi yang terbesarnya ialah nikmat roh, akal, fikiran dan ilmu pengetahuan. Yang tertinggi sekali ialah nikmat iman dan Islam. Nikmat yang tidak boleh dibanding dengan segala nikmat yang lain. Semua perintah Allah SWT dan larangannya. Sekiranya disempurnakan dengan baik maka menjadi kurnia yang sangat besar.

Allah SWT tidak mendapat apa-apa faedah daripada amal yang baik yang dilakukan oleh manusia dan semua amal kejahatan yang dilakukan oleh manusia tidak memberi apa-apa mudharat kepada Allah SWT. Disebut di dalam hadith Qudsi yang bermaksud:

"Wahai manusia, sekiranya kamu menjadi jin yang awal dan yang akhir."

Manusia yang pertama ialah Nabi Adam AS dan manusia yang paling akhir sekali meninggal dunia dicampur sekali. Semua kamu mengerjakan amal yang baik disatukan di satu tempat.

Allah SWT telah memberi kepada kamu semua apa-apa yang kamu minta, nescaya tidak mengurangkan apa yang ada di sisi Allah SWT, laksana dicelup jarum yang halus ke dalam lautan yang luas.

Sekiranya semua kamu, wahai manusia dan jin yang awal dan yang akhir hidup mendurhakai dan menentang Allah SWT nescaya tidak mengurangkan sedikitpun kerajaan Allah SWT. Itulah kebesaran Allah SWT.

Wallahu’alam.

Dia sentiasa memberi.

Tidak terasakah kita pada cinta-Nya?

Kita Cuma hamba.

Siapapun kita. Doktor, Peguam, Perdana Menteri, Sultan, Raja. Hakikatnya kita semua hamba. Tiada seorang pun yang tidak terkecuali untuk menanggalkan gelaran yang terpatri sejak azali lagi. Jadi apa tugas kita? Hanya perlu patuh kepada perintahnya. Jika bersusah payah kita berusaha patuh kepada tuan manusia, manakan tidak kita berusaha untuk patuh pada perintah Tuan kepada seluruh manusia, serta Tuan langit dan bumi keseluruhannya?

Tanggalkan kebongkakkan...gugurkan alasan.

Jika kita melihat kepatuhan itu perlu melihat orang lain, kita silap. Sedangkan kepatuhan itu harus tertumpu pada niat. Kalau kerana manusia, jadilah kepatuhan kita hanya kerana manusia. Tutup aurat sebab malu kepada orang. Solat sebab takut diperli. Kalau itu, sampai bila-bila kita tak mampu merasa nikmatnya bertuhankan Allah.

Jika kita bongkak untuk sujud dan patuh sebab kita sudah miliki segalanya. Rumah, kereta, anak isteri, duit, perniagaan, jadi tak perlukah lagi kita sujud merendah diri dan mangakui segala yang ada cuba pinjaman? Sedangkan segala-galanya mampu hilang dalam sekelip mata. Jadi, mana milik kita yang kita bongkakkan? Semuanya kembali pada Dia...

...dan kita, cuma hamba.

Alhamdulillah. Syukur.


Kita masih lagi menjadi insan terpilih di antara berjuta manusia yang ada. Masih lagi terpilih di antara berjuta-juta makhluk yang Allah cipta. Terpilih di antara berjuta-juta mereka yang dilahirkan ke dunia. Terpilih untuk mendapatkan yang terbaik di antara yang terbaik.


Dari tiada kepada ada. Diantara berjuta-juta benih berlari-lari menghampiri ovum, merempuh halangan yang pastinya tidak sedikit, akhirnya Allah memilih kita menjadi pemenang di antara berjuta yang berusaha. Maka lahirlah kita ke dunia. Namun, di antara yang berjaya, ada yang mati sebelum lahir menjengah usia. Namun kita, Alhamdulillah..syukur, kita lahir melihat ciptaan tuhan. Terbentang dengan seribu keindahan alam buana. Terbukti ! kita sudah terpilih di antara yang lain.


Dari tidak sempurna kepada sempurna. Lihatlah pada ciptaan anggota. Tangan, kaki, mulut, telinga, hidung, mata, hati, akal fikiran dan semua yang ada, sempurna bukan? Pernah tak kita melihat, ada orang yang kurang sempurna sifat fizikalnya, kakinya tempang, matanya buta, tangannya cacat dan pelbagai lagi ketidaksempurnaan yang ada pada orang lain. Tapi kita? Allah memilih kita untk merasai kesempurnaan itu. Tidakkah kita merasa terpilih di antara yang ada?

"Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. "As-Sajadah;9


Dari tidak tahu kepada tahu. Pandanglah sekeiling, dan sebutlah. Kita tahu banyak perkara. Bermula dari kecil lagi, kita belajar mengenal sesuatu. Siapa yang mengajar kita kenal dan tahu segalanya? Ibu bapa? Mereka cuma asbab kita mengenal sesuatu, tapi Allah la yang mengizinkan kita tahu dan berjaya menyebut satu persatu nama-nama ciptaanNya. Seandainya Allah tidak mengizinkan, tinggal la kita seperti segolongan yang tidak tahu. Golongan yang Allah tarik nikmat ilmu dan pengetahuanNya. Tapi bila Allah mengizinkan kita untuk tahu banyak perkara selama usia yang ada, bukankah terbukti lagi, bahawa kita terpilih di antara yang lain?


Dari tidak faham kepada faham. Jenuh kita membaca buku, penat kita bertanya, belajar di tadika, sekolah, universiti. Akhirnya Allah beri kefahaman yang banyak kepada kita. Bukan sahaja dapat mengenal, tapi dapat memahami hakikat kejadian sesuatu itu. Ilmu yang diperolehi, melayakkan kita menganalisa, mengintepretasi, menimbangtara, segala pengetahuan yang ada. Kalau dilihat di luar sana, berapa ramai orang yang kecundang dengan ilmunya sendiri dan akhirnya menghumban dia ke arah kemurkaan Allah? Kecundang dengan pilihan-pilihan yang ada akibat tidak cuba memahami apa yang Allah sampaikan atas setiap pengetahuan-Nya. Berapa ramai yang tahu, tapi tidak faham? Tapi kita? Alhamdulillah..kita masih terpilih oleh Allah untuk tahu dan memberi keupayaan untuk kita cuba memahami. Kita terpilih lagi. Semuanya atas keizinan Allah.

“Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki dan membatasi rezeki kepada siapa yang dikehendaki. Mereka gembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sedikit berbanding kehidupan akhirat” - Ar-arad;26


Nikmat Allah terbentang luas. Namun, pernahkah kita terfikir, hanya orang-orang tertentu sahaja yang Allah pilih untuk menikmati nikmat-Nya. Nikmat rezeki, nikmat sihat, nikmat bahagia. Celik sahaja mata di awal pagi, kita sudah mampu menarik nafas kembali selepas dimatikan sebentar pada malamnya. Tapi berapa ramai orang yang Allah tarik nikmat bernafas kembali tanpa sempat menyesali dosa-dosa lalu? Tapi kita hari ini masih lagi Allah beri peluang beharga untuk terus bertaubat.


Hari ini kita masih lagi mampu tersenyum. Bahagia dengan keluarga. Kawan-kawan, suami, isteri dan rasa bahagia dengan apa yang ada. Namun pernahkah kita terfikir, mampu kah kita miliki rasa bahagia itu seandainya Allah tidak izinkan? Sedangkah Allah lah pemilih rasa bahaga itu. Bermakna, seandainya kita bahagia, Allah memilih kita untuk merasai nikmat berharga itu. Bukankah begitu? Sedang di luar sana, ramai orang keluh kesah dengan rumahtangganya, sentiasa tertekan dengan anak-anak, suami atau isteri. Rasa rimas dengan tanggungjawab, sehingga baginya tidak bermakna lagi hidup ini.


Hakikatnya, kita mudah merasa terpilih bila ada rezeki yang datang tanpa di duga. Kata hati tanpa sedar , “Oh! Inilah rezeki dari Allah”. Padahal kita lupa, rupa-rupanya setiap hari kita terpilih untuk menjadi perhatian Allah menerima nikmatnya tidak putus-putus. Allah sentiasa memberi tanpa menyekat nikmatnya biarpun kadangkala kita melakukan kemungkaran. Kalaupun dikurangkan nikmat-Nya sedikit kerana dosa yang kita lakukan, hakikatnya, nikmat yang diperolehi tidak pernah berkurang. Cuma kita yang kurang sempat menilai bahawa kita sentiasa terpiih untuk menerima nikmat-Nya.


Ambil lah masa, pandanglah ke dalam diri. Bersoal jawablah pada hati, nikmat apakah yang kita dustakan, semuanya dari Allah sehinggalah kita sedar, bahawa setiap hari kita sentiasa menjadi insan terpilih. Hargailah peluang yang diberi sebagai insane pilihan Allah, dengan menggunakan nikmat-Nya sehikmah mungkin, dan…bersyukurlah!


“Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur” -Al-Qashah;73


~Syukur, Alhamdulillah...saya masih terpilih untuk meng'update blog... :)
Rintik hujan bagai membasah jiwa...
menenangkan satu rasa yang sekian lama mencengkam dada...
di mana harus aku hamburkan sebuah perasaan ini...
kalau bukan pada si pemilik cinta.

Lelaki pertamaku...
ku temuimu dalam sebuah cinta...
yang akhirnya merona di balik takdir yang Maha Esa.

Engkau ku kenal sebagai yang pertama...
tiada pernah menjadi dua...kerana Dia mengikat kita...
biarpun hanya di pelabuhan sana menjadi tempat pertemuan buat sekian kalinya...
namun, akan ku sabar...
pertaruhkan masa....
pertaruhkan usia.

Ku ukir rasa cinta seindah kanvas termahal...
ku layangkan dalam doa, kukirimkan pada Dia...
si Pemilik Cinta...
ku hadiahkan padamu sebagai penganti rindu...
tiada lain ku impikan...
cuma segugus kebahagian mendampingimu...
setiap saat....agar kau mampu tersenyum pada dunia..
setelah kau tinggalkan aku demi takdir-Nya.

Lelaki pertamaku....
Tiada cinta lain setelahmu, yang berjaya masuk ke dasar hatiku...
melainkan hanya namamu ku bisikkan setiap kali sujudku...
harapanku...bila ku sebut namamu, kau juga menyebut namaku...
bila aku rindukanmu..kau juga rindukanku...
lantas kau juga mengirimkan doa seindah kasihmu buatku.

Lelaki pertamaku...
andai diizinkan Allah...
ingin ku bertemumu lagi....
akan ku kisahkan segala yang ku lalui di dunia ini...
aku ingin menjadi penglipur lara..dan kau pasti setia mendengarnya...
bagai waktu dahulu....
saat sabarmu mendengan kisah-kisah nakal dariku.

Ingin ku kucup tanganmu lagi...
tanda terima kasihku..
kerana telah meninggalkanku dengan satu kekuatan...

kekuatan menentang arus perasaan..
sehingga kini, aku menjadi tegar..
pada dunia yang semakin menduga rasa.

ingin juga ku rasa hangatnya ubun-ubunku disentuhmu...
sebagai penenang jiwa dikala gusar datang menganggu rasa...
biar tanpa suara, tapi cukuplah sentuhanmu memujuk ku...
yang kadangkala seakan kalah dengan kemahuan menguji deria.

Lelaki pertamaku....
Takkan pernah kau ku hilangkan dari nafasku...
biarpun datang yang ke dua, tapi kau tetap yang pertama...
kejauhanmu, membuatku semakin mengerti..
bahawa pergimu tanda cinta-Nya pada ku...
sebagai tarbiyah terindah...
bahawa tiada pergantungan lain sekukuh pergantungan pada-Nya..
biarpun kadangkala ingatanku padamu bak badai menghempas rasa.

Lelaki pertamaku...
hampir separuh suku abad aku ketiadaanmu....
dan selama itulah aku mengikat janji...
bahawa akan ku tulis kisah terhebat dalam episod hidup ini...
biarku menang sebagai pengarang...
dan pulangan kejayaanku, akan ku hadiahkan untukmu..
sebagai lelaki dalam hidupku..
yang pertama membisikkan kalimah azan di telinga kananku..
sejak kelopak mataku masih bertatih melihat dunia.
yang pertama tersenyum..
ketikaku mula-mula menjengah ke alam dunia.

Aku rindu untuk melihatmu..
aku rindu untuk mendengar bebelanmu..
aku rindu akan nasihatmu..
aku rindu segalanya darimu...
dan saat ini..aku terlalu rindu untuk memanggilmu..
dengan panggilan yang telah lama aku tidak melafazkannya...
Ayah....

Akan terus ku lakar ukiran ketaatan..yang hasilnya pasti buatmu di sana..
kerana utusan Allah telah terpahat diingatanku..
bahawa tiada yang ditinggalkan anak Adam kecuali tiga perkara..
dan antaranya adalah anak yang soleh...
moga anak yang soleh itu adalah aku...

Jarak dan masa telah memisahkan kita..
namun aku tidak gentar akan itu...
kerana sejauh manapun kau pergi..
selama manapun kau tiada...
kau tetap yang pertama..
pasti segar dalam ingatan..
sesegar darahmu mengalir halus dalam jasadku.


~aiNi~
`23.3,2.30pm-d227`


Dua hari lalu, sekitar jam 12.15 tengah malam saya dan seorang kawan berjalan pulang ke bilik penginapan kerana menghadiri satu program di Dewan Bukit Kachi, UUM. Seharusnya saya pulang lebih awal dari itu kerana program tamat sekitar jam 11.30 malam, tapi kerana tertarik dengan buku-buku yang dijual, masa berlalu seakan tidak sedar. Berjalan beriringan mendaki cerunan bukit Kachi sambil menikmati keindahan malam dengan bintang-bintang bertaburan indah di dada langit, satu suasana yang cukup indah dirasakan. Namun sewaktu melangkah untuk masuk ke blok, kami serentak terdengar suara-suara orang bercakap, lantas terpandang di satu sudut tempat yang agak gelap.

“ Akak nampak apa yang saya nampak? ”

“Ya” Jawab saya yag sedang melihat dari mana suara itu datang.

Kami melihat sepasang manusia sedang bergurau mesra di atas kerusi batu di satu sudut menghadap padang. Di sebalik biasan cahaya bulan, jelas kelihatan samar-samar seorang lelaki dan seorang perempuan yang bertudung. Kedudukan mereka sangat rapat. Tangan si lelaki memeluk rapat bahu perempuan itu. Darah saya menyirap.

“MasyaAllah..diorang nii”

Saya melihat jam. Dah hampir pagi, masih ada yang bermesra tanpa hirau gelap.

Fikiran saya berputar ligat. Apa yang harus saya lakukan? Kalau saya ke sana, apa yang harus saya katakan pada mereka? Kalau dimarahi lagi bagaimana?

“Ahh…biarlah apapun berlaku” Saya menjawab sendiri sambil berhenti berjalan.

“Kenapa kak ?” Terkejut dengan tindakan saya mungkin.

“Jom, teman akak..kita ke sana” Saya menarik tangan kawan di sebelah. Berjalan menuju ke tempat pasangan yang sedang asyik bergurau tanpa sedar kehadiran kami.

“Assalamu’alaikum…”

Terkejut dengan kehadiran kami, si lelaki melarikan tangannya dari bahu perempuan di sebelahnya.

“Maaf kalau akak menegur..sekarang dah lewat malam. ..macam tak elok la duduk macam ni, gelap dan sunyi..Kalau ada hal penting yang sedang dibincangkan, baik kalau ke tempat yang lebih cerah sikit atau esok sahaja sambung perbincangan” Saya mengatur perkataan. Cuba untuk sehikmah mungkin.

“ Oh, ok. Kami bukannya buat apa-apapun kak…kami just sembang-sembang je. Sambil makan-makan” jawab si perempuan yang nampak manis bertudung.

“Ya, ok, kami beredar sekarang..terima kasih kak” jawab si lelaki pula.

Kami sempat bertukar senyum. Lantas kami berdua beredar menuju ke bilik. Terasa ringan di bahu yang tadi bagai ada beban.

Teringat satu ketika, sekitar dua tahun yang lalu, semalaman dengan perasaan yang berat dan tidur dalam keadaan rasa bersalah pada diri sendiri berikutan tidak menegur pasangan yang berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan selepas pulang dari kelas malam. Waktu itu keimanan dan kekuatan tidak membantu diri untuk menegur. Akhirnya pulang ke bilik dengan satu perasaan yang berat bagai ada beban.

Waktu melihat mereka berdua bermesra, perbagai persoalan timbul di kepala dan yang paling merisaukan, sekiranya dimarahi lagi bagaimana? Kerana malam sebelumnya pernah berlaku di mana saya dimarahi kerana menegurnya untuk tidak berdua-duaan di tempat sunyi dan gelap. Si lelaki bertindak tegas dan berani memarahi saya yang menegur.

“Kamu ni siapa? Badan pencegah maksiat? Ada pas keahlian tak?”

“Saya bukan siapa-siapa, tapi saya seorang Islam sama seperti kamu, yang akan menegur kalau ada apa yang tidak kena pada pandangan mata agama..dan menjadi tanggungjawab saya untuk menegur sebab saya melihat” Tegas saya pula.

“Oh, ok..terima kasihlah ..yang penting kami tahu apa yang kami buat..tak ganggu awak dan tak ganggu orang lain.. Terima kasih sekali lagi. Nanti kami beredar” Tegas juga si perempuan dengan kata-kata yang agak sinis.

Saya pulang dengan beribu rasa yang bermain-main di fikiran. Agak terasa apabila dimarahi. Namun, dipujuk hati sendiri bahawa bukan mudah menegakkan kebenaran. Walaupun kesannya menyakitkan hati, lebih baik dari terasa beban sekiranya membiarkan tanpa teguran.

Saya terfikir, adakah waktu itu saya menegurnya dengan keadaan mereka ‘tidak bersalah’? Tidak. Keadaan mereka betul-betul mendatangkan syak. Di tempat gelap dan sunyi. Waktu itupun dah lewat malam. Jadi tindakan saya, tidak salah.

Merenung kembali kisah-kisah yang pernah saya lalui dalam usaha menegur tindakan mereka yang tidak baik dan menghampiri kemungkaran, saya terfikir, kenapa Allah memberi banyak peluang kepada saya untuk bertembung dengan pasangan yang berdua-duaan yang boleh menimbulkan fitnah? Kalau bukan untuk saya mengambil pengajaran dan tindakan, apa lagi maksud Allah? Jadi alangkah rasa bersalahnya seandainya saya hanya membiarkan tanpa tindakan.

Teringat akan hadist Rasulullah SAW yang menyebut:

Daripada Abu Said r.a katanya :

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Siapa yang melihat dan (mengetahui) sebarang perbuatan mungkar, maka hendaklah diubahnya dengan tangannya (kuasanya), jika sekirannya tidak berkemampuan maka ubahlah dengan lidahnya dan jika sekiranya tidak mampu juga maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman” – Muslim

Mungkin ada yang berpendapat:

‘ Tegur sajalah dengan hati..kita tak ada kuasa’

Menggunakan medium hati untuk membenci kemungkaran yang terlihat adalah jalan terakhir selepas perlakuan dengan kuasa dan dengan lisannya iaitu teguran. Namun sampai bila harus menggunakan selemah-lemah iman, sedangkan teguran dengan perbuatan dan lisan belum lagi kita gunakan? Apakah perlu mendapatkan bukti kelulusan daripada mana-mana badan pencegah baru terasa ada kekuatan untuk menegur? Kalau tak ada cukuplah sekadar di hati?

Pada saya, tindakan menegur itu bukanlah untuk pasangan atau untuk mereka yang sedang melakukan kemungkaran, tapi hakikatnya juga untuk yang menegur. Sebagai pengajaran yang berharga atas kemungkaran yang dilihat. Pastinya bukan mudah untuk menegur, kerana setelah menegur kita secara tersiratnya menanam satu perjanjian bahawa kita membenci kemungkaran yang dilakukan serta tidak akan melakukan seperti apa yang terlihat. Tidak patut orang yang menegur akan melakukan hal kemungkaran yang sama suatu ketika nanti. Nauzubillah.

Satu perkara yang penting dalam situasi menegur kemungkaran bukan dengan hati tapi dengan lisan adalah untuk menanam budaya sensitif dikalangan masyarakat. Kalau kita hanya menegur diam-diam di hati, mereka yang terlibat melihat apa yang dilakukan ‘dibenarkan’ oleh kita yang melihat keran tidak menegur dan merasakan itu satu kesalahan walaupun hakikatnya kita membenci perbutan mereka dengan hati. Oleh itu, penting juga kebencian kepada maksiat dan kemungkaran harus dizahirkan. Biar mereka tahu, perbuatan itu salah dan masih ada orang yang sudi menegur perbuatan mereka yang mungkin pada mereka itu bukanlah perbuatan yang salah.

Satu persoalan yang mungkin bermain-main di fikiran kita dalam usaha untuk menegur ialah, apa yang seharusnya kita perkatakan pada mereka? Nak tegur macam mana? Teguran perlulah kreatif dan berhikmah membina ungkapan. Biar mereka tidak terasa hati dan memberi rasa pada mereka bahawa teguran kita tiada kepentingan lain semata-mata untuk membetulkan kesalahan tindakan mereka.

‘Tapi kalau lepas itu mereka berdua-duaan mengulangi perbuatan itu lagi, bagaimana?’

Persoalan itu mungkin bermain-main difikiran menjadikan kita teragak-agak untuk menegur kemungkaran. Pada saya, persoalan ini harus dikemudiankan, yang lebih penting adalah kita sudah menegur atau belum? Kerana hidayah itu hak Allah. Berjaya atau tidak biarlah tinggal di tangga kedua. Kerana kita sebagai orang yang melihat, harus bertindak dengan segala kemampuan yang ada pada waktu itu.

Sungguh, syaitan itu kreatif. Dia pasti akan berusaha dan mendatangi manusia dari kiri dan kanan serta depan dan belakang sehingga terlihat sesuatu perbuatan itu indah biarpun menghampiri kemungkaran. Dia cuba untuk memperdayakan manusia sehingga perbuatan mungkar itu tidak dirasakan salah bagi sesetengah orang yang sedang dibuai perasaan . Orang yang melihat kemungkaran juga tidak terkecuali dari terkena tempias kekreatifan syaitan. Pasti dibolak-balikkan hati dalam usaha kita untuk menegur kemungkaran yang jelas terlihat didepan mata.
Wallahu'alam.

‘Oh syaitan..seandainya kamu punyai agenda untuk meramaikan pengikutmu..akan kukerahkan anggotaku untuk berusaha menghancurkan agendamu dengan segenap kemampuanku..InsyaAllah.’

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Sedar tak sedar usia kita semakin berganjak. Sesetengah orang, hari-hari yang dilalui penuh dengan gelak ketawa, hilai tawa. Namun ada juga mereka yang melalui episod kehidupan dengan duka dan lara. Semuanya sudah tertulis untuk setiap langkah perjalanan kita sebagai hamba di bawah langit yang kita junjung.

Namun, dalam mengejar keindahan yang terselit di sebalik bilahan dunia, atau dalam sibuk melawan kehendak dan keinginan hati yang tidak pernah bertepi, atau sedang keliru memilih jalan-jalan yang terbentang banyak pilihan...ada sesuatu yang pasti. Sesuatu itu yang menentukan kehendak pilihan, sesuatu itu yang menimbangtara tindakan, sesuatu itu yang menyekat keinginan berlebihan, sesuatu itu yang membuatkan seseorang tidak lupa hidup sebagai hamba dan akan ada pengadilan. iaitu dosa dan pahala.

Berjalan di bumi yang luas terbentang, dengan memenuhi kehendak-kehendak yang ada, umpama berjalan di padang yang penuh kemuncup. Jalan di padang itulah yang harus kita lalui. Jalan yang asalnya bersih dan tersisih dari segala macam tumbuhan yang menganggu, kini penuh dengan kemuncup yang segar dan pastinya akan melekat pada pakaian seandainya kita melalui jalan itu tanpa berhati-hati. Namun, walau berhati-hati setakat mana sekalipun pasti benih-benih kemuncup itu akan terlekat jua walau satu atau dua. Kerana hanya itu jalan yang harus kita lalui, dan hanya itu jalan yang kebanyakkan orang yang lintasi.

Namun, orang-orang yang merasa kemuncup yang melekat itu sebagai kotoran atau sesuatu yang menganggu, pasti akan disishkannya. Behenti sebentar di tepian, dan sisihkan kemuncup yang melekat di pakaiannya. Tapi, bagi yang tidak merasai iainya sebagai satu gangguan, tanpa rasa rimas, diteruskan perjalanan dengan kemuncup yang semakin hari semakin penuh di pakaiannya.

Begitulah umpama hidup ini, hari-hari yang kita lalui penuh dengan benih-benih dosa yang berada diperjalanan hidup. Setiap hari, bahkan setiap detik kita sentiasa dihidangkan dengan bibit-bibit dosa yang ada pada anasir jahiliyyah. Apa yang kita pandang, apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita fikir, apa yang kita perkatakan, apa yang kita lakukan, dan segala macam tindakan yang kita ambil setiap hari, terdedah dengan dosa. Mata kadangkala memandang perkara-perkara maksiat, mulut mudah menabur fitnah dan mengucapkan nista, tangan dan kaki terarah melakukan tindakan murka, telinga berpeluang mendengar sesuatu yang enak di dengar namun hakikatnya mengundang dosa, Fikiran sentiasa mencari peluang menghancurkan tindakan mulia dan hati yang menjadi pusat kawalan akhirnya tunduk jua pada nafsu yang bermaharajalela. Na'uzubillah.

Begitulah kehidupan yang sudah diselaputi anasir-anasir jahiliyyah yang ada. Bagi mereka yang tidak sedar akan hakikat ini, pasti akan berkata "Inilah syurga dunia". Dengan segala macam kemewahan dan keindahan yang ada di dunia telah mengabuli mata untuk melihat hakikat syurga yang sebenarnya. Mata yang enak dan terbiasa dengan memandang perkara-perkara dosa tidak lagi merasakan itulah adalah dosa, malah merasakan itu adalah satu kebiasaan yang dilakukan oleh orang kebanyakkan sekarang. 'kebiasaan' itu telah menyelaputi dan mengabuli mata hati untuk melihat kebenaran. Sesungguhnya syaitan itu kreatif. Pandai menukar warna hitam dosa kepada warna-warna indah menurut keinginan manusia, kerana dia tahu manusia itu pasti kalah dengan keinginan.

Namun, bagi orang yang sedar bahawa hidup ini banyak anasir jahiliyyah yang menanti di jalanan, pasti akan berhati-hati dalam menapak atas pentas kehidupan. Umpama padang kemuncup yang ada jalan-jalan yang harus kita lalui untuk sampai ke destinasi. Setiap daripada 'mereka' takkan terlepas dari terkena kemuncup, namun yang menjadi penilaian, diantara kita, siapa yang berusaha membersihkan kemuncup yang melekat pada pakaian. Berhenti sebentar menyinsihkannya atau terusan berjalan tanpa rasa apa-apa? Semoga yang tidak merasa sensitif pada setiap tusukan 'kemuncup' pada pakaian itu, bukanlah kita.

Begitulah kehidupan. Tiada siapa terlepas dari melakukan dosa. Namun, di antara kita siapakah 'mereka' yang berusaha untuk berhenti sebentar mencari persinggahan lantas muhasabah dan bertaubat atas keterlanjuran tindakan yang mengundang dosa dan murka Tuhan? Di antara kita siapa yang merasa resah atas setiap dosa yang kita lakukan? Di antara kita siapa yang berusaha untuk melalui jalan yang jauh dari bibit-bibit kemurkaan Allah? Semoga 'mereka' itu adalah kita.

Ungkapan pegangan berbau gurauan " Alah, nanti dah tua bertaubatlah" sering kita dengar. Namun, pernah atau tidak kita terfikir, usia itu rahsia Allah. Ungkapan itu hanya sesuai apabila kita sampai usia tua, tapi kalau tidak sempat tua? Dipertengahan usia remaja ajal sudah menjemput, bagaimana? Kerana usia itu adalah rahsialah seharusnya kita perlu lebih berhati-hati dalam menapak di bumi ini. Berapa ramai yang menghabiskan usianya pada umur muda belia? Dan yang pentingnya berapa ramai yang menghembuskan nafas terakhir dengan dirinya sudah bersih dari dosa?


Kecenderungan melakukan dosa adalah lumrah seorang hamba, namun yang menjadi ukuran Allah kepada kita adalah setakat mana kita berusaha membersihkan dosa-dosa itu.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih. Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkanAku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anakAdam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi"

Kerana itulah pentingnya muhasabah berterusan. Semoga perjalanan harian yang kita lalui tidak melekat dengan kemuncup tanpa pernah berusaha untuk membersihkannya yang akhirnya kita bawa berterusan sehingga sampai ke destinasi.

Biarlah kehidupan yang kita lalui bersih dari dosa dan yang kita persembahkan pada Allah di akhir kehidupan nanti hanyalah pahala. InsyaAllah.
Wallahu'alam



KITA kerap mendengar keluhan dan rungutan anak yang kurang sabar menjaga ibu bapa mereka yang uzur. Beban kerja di pejabat, urusan membina rumah tangga dan mendidik anak menjadi tekanan bagi mereka. Apalagi jika ditambah dengan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tua.

Jika ditanya pada generasi yang hidup pada zaman moden ini terhadap suatu pilihan, adakah mereka suka hidup serumah dengan ibu bapa atau berpisah - mungkin kebanyakan mereka memilih untuk berpisah daripada bercampur serumah dengan ibu bapa atau mentua. Tidak salah jika mereka mempunyai keinginan untuk hidup mandiri. Tetapi, yang menjadi masalah adalah bagaimana jika ibu bapa kita telah uzur dan perlukan penjagaan dan perhatian anaknya.

Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya. Untuk memastikan niat itu sentiasa terjaga dalam batas ikhlas kerana Allah, eloklah diperhatikan beberapa panduan untuk mendapatkan kekuatan dalaman bagi memelihara ibu bapanya yang uzur.

Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)

Tetapi, jika layanan buruk yang diberi, rungutan dan kesalan yang selalu didengar, adakah kita bersedia menerima perlakuan yang sama seperti itu daripada anak kita sendiri nanti? Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Jika tidak dibalas di dunia, pasti di akhirat balasan akan diterima.

Yakin dengan pahala daripada Allah.Kedudukan ibadat yang paling tinggi di sisi Allah adalah tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Adakah anda tahu ibadat apakah yang kedudukannya sama tinggi dengan yang pertama dalam pandangan Allah ini?

Semaklah firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)

Ibnu Abbas menerangkan: “Sesungguhnya ada tiga ayat dalam al-Quran yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain dari sudut kewajipan mengamalkannya. Pertama adalah perintah taat kepada Allah dan taat kepada Rasul, kedua-duanya tidak boleh dipisah, mesti dilakukan bersama-sama dalam mentaatinya. Kedua perintah dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Ketiga adalah perintah bersyukur kepada Allah dan bersyukur kepada kedua-dua ibu bapa. Kedua-duanya mesti dilaksanakan bersama tidak boleh dipisah. Bersyukur kepada Allah tetapi tidak bersyukur kepada ibu bapa, ia tidak akan diterima Allah.

Kerana itu Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)

Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang paling beruntung itu.

Sentiasa ingat ancaman kepada si penderhaka. Ancaman pertama adalah berdosa seperti orang yang menyekutukan Allah SWT. Hal ini disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: "Mahukah sekiranya aku menyebutkan kepadamu mengenai sebesar-besarnya dosa besar? Iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ancaman kedua adalah haram baginya syurga Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang derhaka kepada orang tua, orang yang suka mengungkit-ungkit kebajikan dan orang yang ketagih minuman keras." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ancaman ketiga adalah doa ibu bapa tiada hijab antaranya dengan Allah SWT. Jika mereka berasa dikhianati oleh anak-anak atau tidak dipedulikan sehingga membuat mereka marah dan sakit hati, apa-apa saja ucapan yang keluar dari mulut kedua-duanya yang berupa kekesalan akan didengar Allah dan apa-apa permintaan akan dimakbulkan-Nya.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Hanya rahmat Allah saja yang menguatkan hati kita untuk bersikap sayang dan kasih kepada keduanya. Sesiapa yang telah dicabut rahmat Allah dari dadanya, dia akan melupakan kedua orang yang paling berjasa dalam hidupnya tanpa rasa bersalah!


~Dr Juanda Jaya

Sudah sebulah tidak menulis apa-apa. Masa seakan menarik-tarik tangan ini daripada berlama-lama di sini..apapun sedikit perkongsian yang diambil dari website ukhwah.com. Tentang larangan zina. Moga mampu mengetuk hati-hati yang lena.

***
Orang-orang yang melepasi 'PINTU LARANGAN' pertama ini akan terjebak menerobos 'PINTU LARANGAN' ke 2 - berhubung melalui udara!

Orang-orang yang melepasi 'PINTU LARANGAN' ke 2 ini tidak akan teragak2 untuk memcahkan 'PINTU LARANGAN' ke 3 - bertemu, mencurah rasa!
Orang-orang yang melepasi 'PINTU LARANGAN' ke3 ini akan di pujuk oleh nafsu untuk menembusi PINTU LARANGAN' ke 4 - bersentuhan anggota!

Orang-orang yang melepasi PINTU LARANGAN' ke 4 ini akan di bisik oleh Iblis untuk menembusi 'PINTU LARANGAN' ke 5 - ZINA YANG NYATA!

Sebab itu Allah Ta'ala memberi AMARAN! " JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA" !!!Iaitu jangan kamu hampiri pintu-pintu yang boleh menyebabkan kamu terjerumus kepada ZINA!

Perkara pertama yang mendorong kepada ZINA adalah pandangan mata yang turun kepada hati lalu meneribitkan CINTA!

Cinta antara ajnabi yang diharamkan adalah punca segala kerosakan! Walaupun tidak sampai ke peringkat zina yang nyata, banyak lagi zina-zina kecil lain terjadi apabila dua insan ajnabi mencurah rasa CINTA!

CiNTA YANG HARAM ini merosakkan maruah dan harga diri!
Bahkan CINTA yang haram ini akan merosakkan benih dan keturunan!
Bukankah ALLah Ta'ala telah menunjukki jalan kesucian dengan berkahwin?
Bukankah Rasul telah menunjukkan contoh tauladan?

Mengapa meninggalkan jalan kesucian?
Mengapa meninggalkan seruan Allah dan RasulNya!
Mengapa terjun kedalam lumpur yang bernajis?
Mengapa rosakkan hati dengan racun yang memakan diri?
Mengapa sanggup gadaikan Iman, terjun kedalam api?

Insaflah!
Sedarlah sebelum terlambat!

وَمَآ أُبَرِّىءُ نَفْسِى إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّى إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi Rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
فَقُلْنَا يـَادَمُ إِنَّ هَـذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلاَ يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى

Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

***
Wallahu'alam.

Pujilah diri sendiri...
Biar rasa dihargai...
Walaupun bukan dari orang lain yang sering tidak mengerti...
Pujilah diri sendiri...
Bukan untuk berasa mulia sekali...
Cukuplah sekadar memotivasikan diri...
Bahawa diri sendiri sangat berpotensi..

Pujilah diri sendiri....
Bukanlah dengan meninggi diri biar orang ketahui...
Tapi, cukuplah yang tahu hanya kita dan diri...
Biar rasa saling melengkapi..

Sesekali, pujilah diri sendiri. Kalau sebelum ini setiap kali ada masalah kita sering menyalahkan diri sendiri sebab tidak mampu lakukan yang terbaik. Kadang-kadang masalah orang terdekat terutamanya orang yang kita sayang, juga kita tanpa sedar meletakkan kesalahan itu pada diri kita sendiri sebab tidak mampu melakukan yang terbaik untuk mereka. Akhirnya, diri sendiri jugak yang "terasa hati". Kesannya mungkin bukan suatu yang besar, tapi secara halusnya menghancur lumat motivasi diri.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Bukan untuk merasa bongkak dan "lebih-lebih" tetapi sebagai satu terapi untuk kita sentiasa merasakan bahawa diri kita mampu lakukan yang terbaik dalam apapun jua keadaan. Andai sebelum ini setiap kali ada kegagalan, kita mudah merasa rendah diri walaupun kita sudah lakukan yang terbaik. Kalau lah diri kita entiti yang berlainan daripada jasad, pasti "dia" menangis kerana kita sering menunding jari padanya untuk menunjukkan "dia" lah yang bersalah.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Duduk, dan muhasabahlah sebentar. Imbas kembali diri kita yang dulu. Pelbagai ujian sudah kita tempuhi. Ujian yang dahulunya kita rasa mustahil untuk dilepasi, namun akhirnya kita berdiri hari ini sebagai seorang yang sudah terselamat dari ujian yang kita takut untuk lepasi dulu. Bukankah itu satu kejayaan buat diri? Itu baru satu ujian, sedangkan sepanjang usia kita dari kecil sehingga sekarang, ada yang sudah usianya separuh abad, suku abad, sepertiga abad, pasti sudah melalui pelbagai pahit getir dalam kehidupan. Dalam tempoh itu, lihatlah keupayaan diri kita sendiri. Telah banyak kejayaan atas ujian yang telah kita ukirkan sendiri, mungkin tanpa kita sedar. Kerana itu, apa salahnya sesekali kita menepuk bahu sendiri, mengucap syabas dan tahniah pada diri sendiri atas kejayaan-kejayaan yang telah kita dapat sepanjang kehidupan kita.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Biarpun kita mungkin sukar nak mendapat pujian itu dari orang lain, biarkan. Pujian yang sebenarnya harus dari diri sendiri, barulah kejayaan itu terasa indah untuk kita nikmati. Kalaupun kita sering berada dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat pujian dari orang lain, tidak akan sama dengan pujian untuk diri sendiri. Orang lain mungkin hanya melihat kejayaan kita cuma luaran semata. Tapi, diri sendiri yang selama ini merasa pahit getir mendaki gunung melepasi halangan, pasti kita rasa semuanya. Tatkala jatuh bangun, sakit pedih, luka dan darah, semuanya hanya kita yang merasai, kerana itu nilai kejayaan yang kita dapat, sangat berharga andai dimengerti oleh diri sendiri.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Andai kita berjaya hari ini, semuanya kerana semangat yang ada dalam diri sendiri. Semangat yang mungkin tiada pada orang lain. Hanya kita yang perolehi kerana kita adalah seorang yang hebat. Sokongan daripada orang lain cuma tolakan luaran, namun, tolakan yang sebenarnya daripada diri kita sendiri sehingga kita mampu menjadi orang yang hebat seperti sekarang.

Sesekali, pujilah diri sendiri. Andai kita merasakan bahawa kita belum lagi mengukir kejayaan, muhasabahlah. Hakikatnya sudah banyak ujian yang telah kita lalui, dan akhirnya kita berjaya tanpa kta sedar. Sesekali, berilah hadiah untuk diri sendiri, agar kita rasa termotivasi.

Hakikatnya, diri kita adalah orang yang sangat berpotensi. Kita hari ini adalah kerana kita suatu ketika dahulu. Kejayaan yang telah kita gapai dan yang akan kita capai, semuanya kerana kemahuan, semangat, keupayaan, keinginan DIRI SENDIRI.

Jadi, kalau bukan kita sendiri yang menghargai diri sendiri, siapa lagi?...=)
Entah kenapa, susah sungguh nak pejam mata malam ini. Mungkin sebab berjaga lewat malam sebelum ini. Mata pun seakan merajuk untuk pejam awal. Melihat roomate dah lena dibuai mimpi, timbul gelisah sendiri, tiada teman untuk diajak berborak. nak mengadap buku, kepala bagai sudah tepu. Akhirnya hanya berkomunikasi dengan laptop je...dan inilah hasilnya...:)

Sedikit perkongsian percubaan dengan menggunakan software Adobe photoshop, Picasa dan PhotoScape.... Kesemua gambar diambil hanya menggunakan kamera handset Sony Ericsson.

Bila dah siap, wahh...terasa satu kepuasan..biarpun kurang cantik...tapi mungkin inilah yang dirasakan oleh photographer di luar sana....satu keseronokan bila meng'edit gambar sehingga mampu melepasi rasa mengikut keinginan....inilah yang dikatakan seni..mungkin...:)

...percubaan...

Pantai Dungun....belakang rumah..


Bunga di halaman rumah....


Cik Ning yang tengah termenung jauh....

Buah limau kasturi...tepi rumah...

Tetiba rasa seronok pulak buat kerja-kerja ni...sehingga terlupa buku-buku dan assignment sedang menanti untuk dikerjakan..huhu.....

At times when I feel so lonely...
No one to keep me company...
You were there...

At times when I feel so trouble...

No one for me to turn to...
You were there...

You always there...

In times of pain n sorrow...

When it feels like there’s no tomorrow...
In you I find peace and strength...
To get my life back on track again...


In times of joy and laughter...
Happiness feels like forever after...

In you I find it never ends...

Cause your love’s always there to mend...

I’ve come to realize...

That you are my savior...

You’re the most forgiving..

Most merciful...

A step I take towards You...

Thousand steps you will see me through...

You’re the All Knowing...

You’re the Most Gracious...

Most Bountiful...


Oh Allah...

The more I know you..

The more I love YOU…
“Ukhti, kenapa tak pergi usrah semalam ya? Ukhti sakit?”

“Tak, semalam kan hujan lebat, ana tak ada payung..lagipun ukhti Zahra balik kampung, jadi tinggal ana seorang. Ana tak biasa keluar seorang diri”

“Kenapa ukhti tak cuba usahakan untuk pergi seorang diri sahaja”

“Takut la, ana tak biasa keluar dan naik bas bersendirian. Ala, lagipun tajuk yang kita nak bincang, dah selalu kita dengar. Lagi satu, kalau tiada ana, orang lain masih ada, kan? Ana pun dah habis hafal hadist yang ditugaskan minggu lalu. Bukan ana tak nak pergi, tapi ada halangan”

*****
Situasi di atas mungkin salah satu situasi yang pernah kita hadapi. Bagi mereka yang biasa menceburkan diri dalam bidang dan lapangan tarbiyah melalui halaqah usrah, pasti alasan-alasan sebegitu adalah suatu kebiasaan. Ketidakhadiaran ahli dalam halaqah mengumpulkan pelbagai sebab dan alasan. Bagi yang mengerti, alasan-alasan itu ibarat satu kekangan yang gagal dilepasi, namun bagi yang kurang mengerti, halangan itu sentiasa ada dan tidak ada kudrat kita sebagai seorang hamba yang serba kekurangan untuk melepasinya. Kenapa ada jurang pemikiran anggapan pada halangan sebegitu? Ketidakfahaman tentang hakikat tarbiyah adalah jawapannya.

Tarbiyah itu apa sebenarnya?

Selesaikan pengertian ini dahulu.

Tarbiyah dalam bahasa melayunya, didikan.

Kata pujangga lampau ada menyebut tarbiyah itu adalah didikan pada jiwa, makanan untuk hati dan pelajaran bagi pengalaman. Tarbiyah satu bentuk "pukulan" yang bertubi-tubi supaya meninggalkan bekas sehingga hati menjadi lurus dan terdidik kea rah matlamat hidup, dan disinonimkan sebagai makanan hati apabila diri sentiasa terdedah dengan anasir mazmumah, hati sentiasa perlukan makanan untuk hidup segar melawan anasir jahiliyyah, dan tarbiyahlah makanan hati. Juga sebagai pengajaran bagi pengalaman, apabila hidup ini tidak terlepas dari berhadapan dengan ujian, hanya tarbiyahlah yang mampu mentafsirkan ujian itu sebagai pengajaran hidup yang berharga.

Apa kaitannya dengan usrah?

Tarbiyah atau didikan banyak cabangnya, dan halaqah usrah adalah satu lapangan tarbiyah yang disusun secara sistematik. Perjanjian dan persetujuan antara ahli halaqah usrah untuk berjumpa dan bersama melalui fasa-fasa dalam program tarbiyah. Apabila menyebut tentang program tarbiyah, bukan suatu yang mudah. Hanya mereka yang inginkan kebaikan sahaja ada penolakan untuk melibatkan diri dalam siri perancangan tersebut. Kerana mereka faham, halaqah usrah adalah satu perancangan yang memerlukan satu komitmen yang tinggi. Kerana mereka ada pencerahan tentang halatuju dan matlamat berusrah. Bukan sekadar perjumpaan biasa. Tapi ibarat satu ikatan tali yang disimpul pada matlamat yang satu iaitu didikan atau tarbiyah diri. Mereka yang faham tentang halatuju perancangan dan siri tarbiyah ini akan memberi sepenuh komitmen dan bersedia untuk ‘bersama’ membaiki diri.

Namun, kenapa ada yang sering beralasan?

Ya, kita hanya mampu merancang, namun di sebalik perancangan akan ada halangan. Begitu jugak dalam siri tarbiyah melalui medium usrah. Merancang mudah, namun merealisasikan perancangan itu bukan mudah. Setiap orang pasti akan ada perancangan hidup sendiri sehari-harian. Begitu juga bagi mereka yang merancang sebaik mungkin dalam pelaksanaan usrah.

Komitmen diri sebagai pelajar, sebagai pekerja, sebagai suri rumah, walhal sebagai penganggur juga ada perancangan tersendiri. masing-masing tidak terlepas dari bertembung dengan komitmen lain. Jadual seharian bertembung dengan waktu usrah yang dijanjikan bersama ahli lain. Oleh itu, di mana sebenarnya keutamaan meletakkan diri dalam halaqah usrah yang kita dahulunya bersedia untuk memberi komitmen dengan membuat susunan jadual usrah sehingga kadangkala kita sendiri yang terpaksa tidak menghadiri program yang tertulis dalam jadual perancanagn sendiri akibat kekangan yang ada. Kerana apa ya?

Pertama, ada yang beralasan kerana memang tidak dapat dielakkan, kerana bertembung dengan sesuatu yang juga penting. Ini memang suatu yang mengizinkan. Contohnya apabila halaqah usrah bertembung dengan ziarah kematian. Menziarahi kematian perlu didahulukan. Lihat kepada keutamaan.

Jelas !

Namun, yang tidak jelas, apabila ketidakhadiran ke halaqah usrah dengan alasan yang tidak jelas prioritinya di mana. Adakah mereka yang sebegini juga tidak jelas tentang matlamat berusrah?

Mungkin.

Ada sesetengah daripada kita salah faham pengertian tentang hakikat tarbiyah yang sebenarnya. Ada yang menganggap tarbiyah melalui halaqah usrah itu hanya satu perjumpaan yang saling berkongsi ilmu, tadarus, perbentangan dalam halaqah, memeriksa nilai ibadah sepanjang minggu antara ahli, pencerahan hadist, penerangan nilai-nilai akhlak, atau hanya sekadar menghabiskan silibus dan modul usrah? Padahal tarbiyah itu bukan sekadar ini.

Tarbiyah itu bukan hanya pada modul.

Ya, disinilah yang harus kita faham. Tanam di setiap lubuk fikiran, bahawa tarbiyah itu bukan sekadar menghabiskan silibus dalam modul usrah. Tapi satu penolakkan diri kearah merealisasikan kekuatan untuk mencapai tahap didikan yang berkesan. Mari kita lihat secara mudahnya.

Berbalik kepada contoh alasan diatas. Ukhti itu tidak mampu menghadiri usrah kerana hujan, tiada teman, dan tidak biasa keluar bersendirian dan menaiki bas bersendirian.

Tapi, kalau usrah itu sekadar memenuhi modul, dia sudah penuhi kerana dia sudah melakukan apa yang ditugaskan untuknya.

Namun, usrah itu bukan sekadar itu, tapi jauh daripada yang kita sangkakan. Lebih jauh daripada apa yang kita nampak. Hakikatnya tarbiyah itu bermula sejak dari kita berniat untuk berusrah lagi. Kalau kita perasan, apabila kita merancang untuk melaksanakan usrah, pasti terdetik dalam fikiran tentang halangan-halangan yang akan ada. Nah, inilah perca tarbiyahnya bila kita mampu melawan halangan yang hanya wujud dalam kepala dengan menangkis segala prasangka yang menghalang. Ini baru permulaan.

Ada di antara kita, untuk menghadiri usrah perlu perjalanan yang memakan masa yang jauh, perlu menunggu bas berjam-jam, perlu berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu, perlu keluarkan sedikit peruntukan kewangan untuk menanggung kos perjalanan ke tempat usrah, perlu melalui bukit bukau.

Bagi seorang pelajar, untuk dia memenuhi jadual usrah, perlu mengorbankan masa belajarnya, perlu melupakan sebentar rehat dihujung minggu, perlu mengatur jadual sebaiknya supaya tidak bertembung dengan program kampus.

Manakala bagi yang sudah bekerja, terpaksa juga melapangkan cuti hujung minggu untuk usrah, perlu tinggal suami atau isteri. Perlu melupakan sebentar masa dengan anak-anak atau yang mempunyai anak kecil mengambil keputusan membawa bersamanya sehingga sanggup melayan karenah dan rengetak anak-anak kecil semata-mata tidak mahu ketinggalan dalam halaqah usrah.

Nah !

Jom kita fikirkan bersama-sama. Seandainya kita tidak bersedia melalui sebahagian halangan-halangan tersebut, mampukah kita mendapat buah tarbiyah? Walhal apabila Berjaya melalui halangan itulah sebenarnya tarbiyah.

Kerana, tarbiyah dekat dengan pengorbanan.

Mereka yang tidak bersedia untuk bekorban, tidak akan dapat mengenggam hasil tarbiyah itu. Kerana, tarbiah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Untuk dapatkan ilmu dan formula pembaikan diri dalam halaqah usrah perlu melepasi halangan-halangan itu. Perlu bersedia untuk bekorban masa, tenaga, duit, perasaan, perlu keluar daripada zon yang selesa, dan macam-macam lagi bentuk pengorbanan.

Kerana nilai tarbiyah itu kita akan perolehi apabila kita berjaya melepasi halangan itu. Bukannya tarbiyah dinilai dengan kelancaran program usrah sehingga tidak langsung meninggalkan rasa dan ‘bekas’ pada diri. Sedang pengertian tarbiyah itu adalah didikan yang bertubi-tubi untuk melatih diri melepasi halangan dalam kehidupan.

Bagaimana pula mereka yang tidak mampu melepasi dengan member pelbagai alas an yang bersifat ‘lemah’?

Antara tidak boleh VS tidak mahu.

Perlu kita faham di sini, setiap orang ada kekangan yang lumrahnya wujud ketika kita berhajat untuk mencari kebaikan. Halangan tersebut mampu di atasi dengan baik seandainya kita punyai kehendak yang kuat. Kadangkala kita beralasan bukan kerana kita ‘tidak boleh’ tetapi kerana kita ‘tidak mahu’ untuk berusaha dengan lebih.

Hakikatnya, orang yang tahu kepentingan tarbiyah, meletakkan keutamaannya melebii daripada yang lain. Kerana itulah wujudnya golongan yang sanggup menghadapi pahit getir, susah senang untuk mendapatkan secebis pembaikkan diri. Sanggup melepasi pelbagai halangan dan cabaran. Bukan kerana dia tiada komitmen pada yang lain, tetapi kehendaknya kea rah matlamat tarbiyah telah menolak dirinya untuk melepasi segala halangan sehingga dia tidak sempat untuk beralasan.

Mungkin dengan secara lebih jelasnya, kita lihat kisah sirah, para sahabat Nabi saw, Bilal Bin Rabah yang sanggup mengorbankan nyawanya semata-mata untuk menghadiri ‘usrah’ bersama Nabi. Kerana apa, kerana matlamat hidupnya telah menolak dia untuk bertindak berani menghadapi cabaran kerana dia sedar ada nilai tarbiyahnya di situ. Begitu juga kisah-kisah para sahabat dan tabi’in yang lain. Kisah Mus’ab Bin Umair , Salahuddin al-Ayyubi dan ramai lagi yang telah menghadapi episod yang getir dalam berhadapan dengan cabaran dan ujian yang akhirnya melatih jiwa-jiwa mereka menjadi seseorang yang tidak gentar pada anasir jahiliyyah yang mengancam diri. Bukankah pembaikan diri seperti merekalah yang kita inginkan?

Solusinya…

Clearkan matlamat.

Bukalah mata dan fikiran serta hati untuk melihat jalan manakan yang sedang kita tujui. Kalau masih kabur, untuk apa kita berada dalam lapangan tarbiyah, clearkan dahulu tujuannya. Dari situ, barulah kita mampu melihat di mana prioriti yang seharuskan kita pilih. Seandainya halangan yang ada lebih penting, utamakan yang penting. Tiada lain yang kita harapkan apabila berada atas jalan ini melainkan didikan pada diri supaya sentiasa menjadi lebih baik, agar kita mampu mengajak orang lain, dan akhirnya mewujudkan komuniti yang sama-sama inginkan kebaikan.

Bertanggungjawablah atas pilihan kita….

Tiada siapa memaksa kita untuk berada atas jalan tarbiyah ini. Tapi kerana kesedaran, kita berada dalam kelompok mereka yang inginkan kebaikan. Seandainya kita pilih untuk berada dalam kondisi tarbiyah untuk mencari pembaikan diri, bersedialah untuk berhadapan dengan cabarannya. Anggaplah sekiranya kita gagal melepasi halanagn itu, kita sebenarnya masih belum merelakan diri untuk melepasi siri-siri tarbiyah.

Bekorbanlah.

Tiada jalan mudah untuk melepasi halangan yang ada, melainkan pengorbanan yang ahir dari kehendak sendiri. Bukan sekadar hadirkan diri kerana tuntutan orang lain, tetapi kerana kita jelas tentang halatuju hidup kita Kerana itu, bersedialah untuk bekorban.

Sebagai penutupnya, saya sandarkan pengertian tarbiyah itu pada satu pengorbanan yang Allah ingatkan kita dalam Qalam Sucinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah,dan Rasulnya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”- As-Saff;10-11.

Wallahua’lam.