yang berlalu...biarlah berlalu....

by Wednesday, November 19, 2008 2 comments



Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum...

sahabat fillah...
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila.Itu sama ertinya dengan membunuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir,peristiwa masa lalu akan di lipat dan tidak akan di lihat kembali.Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara,mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluat melihat cahaya.Kerana bagaimanapun,pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir. Dengan demikian,tidak akan ada lagi kesedihan,kedukaan dan kegagalan lain.Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.


Janganlah kita hidup dalam mimpi-mimpi buruk di masa yang lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut. Apakah kita menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang lagi?Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, dan air mata kedalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata kita?

Sahabat...
Dengan kembali ke masa lalu bererti kita akan merasakan kembali keresahan.Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan. Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan kembali suasana yang ada dan mensia-siakan perjuangan yang selama ini sudah di lakukan.

ALLAH telah mengingatkan kita dengan umat yang pada masa lalu serta apa yang mereka telah lakukan.

Allah Berfirman "Itulah umat yang telah lalu... ... .(Al-Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali...dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah untuk melukiskan kembali bencana pada zaman itu. Orang yang berusaha kembali ke masa yang lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut kita renungkan oleh orang yang menangisi masa lalu."Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya"

Dalam sebuah riwayat di ceritakan bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?". Keldai itu menjawab "Kerana aku tidak suka akan kebohongan".


Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita mensia-siakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pada dasarnya semuanya itu adalah mustahil.

sahabat...
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus menghembus ke depan,air akan mengalir ke hadapan,setiap kafilah akan berjalan ke depan.Oleh kerana itu,janganlah menyalahi sunnah kehidupan yang Dia tetapkan...

tersenyumlah sahabatku...
di hadapan sana..pasti akan ada sinar baru buatmu...juga buatku...:-)

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

simpleshida said...

salam mahabbah..
teruskan perjuangn dik..
anggap smua yg berlalu..
rahmat ujianNya..
live must go on..

insyaallah..jumpe lg nnti..
;) barakilllah

Anonymous said...

salam..smoga apa yg tercoret dpt jg menjadi motivasi utk bersama utk meneruskan hidup mendatang..insyaallah..