...permata yang pudar...

by Friday, December 05, 2008 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

dimana kekuatan kita sebagai muslim?..teringat ana pada bait-bait kata..

Nasihat Saidina Umar al Khatab r.a:

' Sesungguhnya dimenangkan Muslim itu kerana maksiat yang dibuat oleh musuhnya tetapi sekiranya kita membuat maksiat yang sama dengan musuh maka mereka mempunyai kekuatan dan senjata fizikal yang lebih daripada kita'

Kekuatan Muslim itu sebenarnya terletak pada aqidah Islamiyyah yang ada dalam diri. Kekuatan itulah yang akan menerbitkan satu rasa 'keizzahan' sebagai hamba Allah yang menyerahkan hidup dan matinya kerana-Nya jua.

Sebab itulah, tidak hairan kalau kita melihat musuh Islam melakukan pelbagai taktik dan strategi untuk melunturkan aqidah Islamiyyah daripada dada Muslim. Sejatah telah membuktikan kemenangan tentera Muslimin dalam Peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan 2H. Ibadah puasa yang dijalankan pada ketika itu bukannya alasan yang melemahkan semangat juang tetapi ia merupakan pemangkin kepada kejayaan sehingga Allah swt memberi rahmat kepada tentera-tentera Muslimin dengan mengutuskan segerombolan tentera malaikat...Subhanallah..Hebatnya Kuasa Allah..

Begitulah jua seandainya kita melihat kepada faktor-faktor kemenangan tentera Muslimin dalam beberapa siri Peperangan Salib di antaranya ialah kerana kecemerlangan aqidah yang menjadi jati diri mereka. Malahan Saidina Umar r.a sendiri ketika menjadi panglima perang hanya akan memilih tentera-tentera yang mengamalkan solat tahajjud.

Aqidah yang tulen dan akhlak yang indah merupakan satu anugerah daripada Allah swt. Namun begitu, anugerah ini mestilah sentiasa digilap agar sinarnya terpancar dalam diri Muslim dan menyinari sekelilingnya. Musuh manusia iaitu syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk menjahanamkan diri manusia dengan segala tipu dayanya..na'uzubillah..

Selain dari itu, musuh-musuh Islam yang bertopengkan pelbagai identiti dan ideologi bekerja siang dan malam untuk merobek dan mencabut aqidah umat Islam. lihatlah di sekeliling kita, jarum-jarum musuh mencucuk ke seluruh urat saraf Muslim melalui bidang politik, ekonomi dan sosial. Mereka melancarkan peperangan secara halus, menyeluruh dan bersepadu melalui rangkaian telekomunikasi sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh manusia berkiblat ke arah mereka. Umat Islam di seluruh dunia sentiasa diperhati dan diintip oleh satelit-satelit musuh yang bertopengkan telekomunikasi tersebut dan yang seumpamanya.

Sedarlah insan.., atas nama kesukaan, berapa ramai pemuda-pemuda Islam yang ponteng solat Maghrib kerana berasak-asak di stadium bola? Dengan nama kemajuan, berapa ramai hartawan Islam yang tersungkur di depan harta yang tidak dikeluarkan zakat dan membina kekayaan atas keringat dan air mata orang yang lemah? Atas nama kebudayaan, berapa ramai belia-belia kita yang terjebak dalam kancah pergaulan bebas dan maksiat? malah..banyak lagi persoalan yang kita boleh bangkitkan untuk kita jawab walaupun belum tentu ada jawapannya..

Sesungguhnya aqidah Islamiyyah yang tulen dapat memelihara seseorang Muslim daripada terjerumus ke dalam perlakuan maksiat atau tipu dayanya yang dilabelkan atas apa jua nama. Dalam usia dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah, kita seharusnya merasa amat dukacita kerana jiwa dan jasad pemuda-pemudi dibeli oleh pihak musuh dengan rokok, dadah, arak dan seks. Perlakuan maksiat ditayangkan dalam setiap rumah Muslim dan ditonton beramai-ramai sekeluarga. Pelakon dan penyanyi diiktiraf dan dinobatkan dengan pelbagai anugerah di atas kegemilangan mereka menyuburkan benih-benih lagha dan maksiat. Namun, adalah amat malang sekali apabila perkara sumbang ini dianggap biasa kerana seluruh masyarakat telah mengiktiraf 'kebiasaan' itu...seperti bagai tiada 'hijab' lagi dihati untuk melihat kepada kebenaran dan hakikat keabadian yang Allah inginkan..

Kita sebenarnya tertanya-tanya, seandainya umat Islam digempur oleh musuh dengan segala kekuatan senjata adakah kita mempunyai tentera-tentera yang telah bersedia menyahut seruan jihad pada bila-bila masa? Adakah kita mempunyai ibu-ibu seperti Khansa' yang bangga dan redha melepaskan anak-anaknya syahid di medan pertempuran? Adakah pemuda-pemudi kita akan bertempiaran lari lintang-pukang menyelamatkan diri di pergunungan atau jasad mereka hancur bersama runtuhan bangunan?

'siapakah yang akan menggilap permata yang semakin pudar ini?'


terlalu banyak yang perlu kita fikirkan...
yang pasti..
permata yang ada terus akan pudar...
melainkan ada kesedaran kita untuk menggilapnya...

wallahu'alam...

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: