kebesaranMu..menakjubkan...

by Monday, January 26, 2009 0 comments
Subhanallah....
satu lagi nikmat yang Allah kurniakan buat hambaNya..

lebih kurang jam 5.50 petang tadi, berlakunya gerhana matahari...
langit cerah...walaupun dikelilingi awan hitam berarak...satu cahaya terang yang tersembunyi disebalik awan. waktu tu saya mula berebut cermin mata hitam dengan adik..hehe..xsabarnya nak menunggu matahari di sebalik awan..

alhamdulillah..akhirnya dapat melihat keindahan kejadian ciptaan Allah..cahaya yang seakan berbentuk cincin yang bertatahkan berlian yang bersinar gemerlapan di dada langit..Subhanallah..indah..sebak rasanya saat merenung di sebalik apa yang berlaku...

lantas,hati insan kerdil ini berbisik...

Allah...
adakah Engkau jadikan semua ini dan diperlihatkan kepada hambaMu dgn sia-sia?
apa yg ingin Kau sampaikan padaku...Rabbi...

Allah..terasa kerdilnya diri ini...
teringat kalimah indah dari Qalam suciMu...


"di dalam penciptaan langit dan bumi..dan pergantian
siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir..iaitu orang yang
mengingati Allah ketika duduk, berdiri dan berbaring. Mereka memikirkan kejadian
Allah, seraya berkata. YA ALLAH,TIDAK ENGKAU JADIKAN SEMUA INI SIA-SIA..DENGAN KEBESARANMU YA ALLAH,LINDUNGI KAMI DARI AZAB API NERAKA"~ ali Imran:190,191.

Subhanallah..
semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang Allah maksudkan
iaitu...

ORANG-ORANG YANG BERFIKIR disebalik kejadian Allah..
amin...
satu sabda Nabi untuk dikongsi bersama...
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah .a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah
wallahua'lam

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: