Syabas dan Tahniah ~ buat pimpinan baru Rakan Masjid

by Monday, January 19, 2009 2 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

Tahniah dan syabas buat sababat yang dilantik sebagai peneraju dalam barisan Majlis Tertinggi Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia. Semoga sahabat semua mampu memberi yang terbaik kepada agama. Jadikan Rakan Masjid sebagai medium menyampaikan tarbiyah dakwah kepada saudara yang lain.

Bukan mudah apabila berada dalam barisan seorang yang menyeru kepada kebaikan, sahabat semua akan melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Teringat kata-kata seorang mujahid yang berwasiat. ”Seandainya perjuangan kamu lalui tak menghadapi ujian dan kesusahan, maka perhatikanlah perjuangan kamu itu, sesungguhnya sudah sunnatullah dalam berjuang pasti akan menghadapi pahit getir dalam kehidupan” wallahua’alam..oleh itu bersedialah dalam menghadapi segala kemugkinan. Kekuatan semangat juang sangat diperlukan.

Mana mugkin tumbuhnya pokok andai akarnya tidak teguh..kalau tumbuh pun hanya sekadar tumbuh semata-mata tanpa memberikan hasil buat org lain. Begitu juga kita apabila berada di ’atas’. Pimpinan yang ’kuat’ dan mantap mampu menjadikan sesuatu itu yang terbaik. Utk mendapatkan pimpinan yang mantap perlu lihat pada orangnya, bagaimana akidahnya..ibadahnya..akhlaknya..ukhwahnya...

Teringat kata-kata mantan Presiden 2 sesi yang lalu..pada ’hari-hari terakhir’ beliau..mana mungkin seorang yang membawa agama membawa sekali dengan kemaksiatan dan kemungkaran.Tapi apa yg ana cuba bawa utk kita sama-sama faham, redhakah Allah pada seseorang yang berjuang kearah kebaikan tapi pada masa yang sama bergelumang dengan kemaksiatan? Sama-samalah kita renungkan. Juga utk renungan diri sendiri. Semoga ana sebagai orang yang berkata2 ni lebih2 menginsafi diri daripada melakukan kemungkaran.Nauzubillah..

insyAllah..semoga kita semua diberi kekuatan. Dijauhi dari segala perasaan sombong, riak, dan takbur. Kita hanyalah hamba yang hanya diberi sedikit kekuatan dan peluang utk berada dalam barisan perjuangan. Terlalu jauh andai ingin dibandingkan dengan perngorbanan para sahabat nabi saw. Terlalu jauh. namun,semoga kisah dan perjuangan para sahabat dijadikan petunjuk serta penyuntik semangat dalam perjuangan.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang berada di ’luar’ sana termasuk ana yang sedang mengharungi liku-liku hidup...terdedah dengan segala macam keadaan, doakan kami semoga diberi kekuatan dan peluang agar terus dengan semangat perjuangan. Kekal lah dalam berjemaah. Teringat ana pada satu ayat Al-Quran yang suci nan Indah...” Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”-As-Saff (ayat 4)

Semoga semangat dan perancangan sahabat semua mampu memberikan yang terbaik buat Rakan Masjid sekaligus untuk agama..insyAllah..
" ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih Mengetahui siapa yang sesat dijalanNya dan Dialah yang lebih Mengetahui siapa yang mengikut petunjuk"..( Surah an-Nahl : 125 )

Wallahu’alam..

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

anis_uum said...

salam...

kak...
akak pun ada jgk dlm gmbar kat ats tu kan?hehe...anis tau...

pepun, semoga kak di rahmatiNya...
rinnndu sgt kat akak yg comel ni...:-)

aiNNisaa' said...

wsalam adikku syg...

ada ker?
shhyyyy!!!..anis ni, dh tau..diam2 la..hehe

ok..kak pun doakan anis..
be The Best Muslimah..
ingat pesan akak..
pnjang umur nnti kita jumpa yer dik..insyAllah..:-)