bangkit kembali..transformasi diri...

by Thursday, February 19, 2009 0 comments
Alhamdulillah...

Allah masih memberi kesempatan buat hambaNya ini meng'update blog. kecelaruan emosi dan perasaan sedikit sebanyak telah menghakis sifat istiqomah dalam diri. mana tidaknya, anasir negatif lebih banyak diterima dari positif...masuk..masuk..masuk..tanpa sempat disekat dan ditapis..merajai hati dan fikiran, akhirnya...hilang sudah rasa qona'ah..dan memudarkan warna keimanan dalam diri...

Subhanallah..Maha Suci Allah yang memelihara hati dan jiwa hambaNya yang inginkan kebaikan, dicampaknya rasa khuatir dan bersalah pada diri kerana bersikap remeh dan mudah pada perjuangan fikrah Islami yang Allah kurniakan.

Benarlah kata kiasan yang dilontarkan oleh pejuang yang gemilang, "hanya segelintir sahaja mereka yang betul-betul berada di jalan yang sebenar, selebihnya telah hanyut dalam kelalaian". Dunia yang menuntut pengorbanan tindakan yang tempang dan perlakuan yang menyimpang, telah membutakan mata hati mereka yang lemah dan tidak benar-benar istiqomah dalam perjuangan mencari yang haq.

pulanglah wahai hati...
kembalilah wahai jiwa...
rindukan kembali janji-janji Allah....

ku pujuk hatiku.."ubatlah kesedihan akibat dari kesongsangan dirimu yang lampau...
berbicaralah pada diri...

...telah bekulah daya juang hi hati manusia itu..
mereka leka mencari kekayaan, dan keseronokan kehidupan yang rutin..
antara kealpaan orang-orang yang jujur..
dan keazaman orang-orang yang keliru...
hampir-hampir menggongcangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku...."

subhanallah...
moga hatiku tidak terpikat lagi dengan hal-hal yang meremehkan...

tuntutan perasaan yang sentiasa inginkan keseronokan dan kebahagiaan yang palsu juga hati yang ingin disayangi oleh insan akan ku cuba tangguhkan demi menebus kembali semangat perjuangan ku yang hampir hilang....biarlah aku tumpukan pada yang 'utama'...iaitu mengislah diri, perbaiki kesilapan..menyeru serta menyampaikan fikrah yang Allah kurniakan..ini tanggungjawabku.

teringat benar kata-kata seorang kakak yang kusayangi...sewaktu mendidik hati kami...

"kami inginkan kalian seperti biji benih...kami ingin menanamnya di ladang Ilahi...kami menanam bukan sekadar menanam, tapi kami ingin menunggu..biarlah biji benih itu tumbuh..bercambah..dan akhirnya mekar subur..tapi bukan sekadar tumbuh..kami ingin kalian membuahkan hasil..berkebajikan untuk orang lain...bermanfaat untuk semua"

subhanallah...

semuanya menuntut keteguhan jiwa dan kekuatan rohaniah dalam diri...tarbiyah adalah asasnya. yer,diriku kekurangan tarbiyah...

Bait-bait kata semangat dari Imam hassan Al-Banna yang ku kagumi mula kuhayati:

" wahai ikhwan....lahirnya rijal impian bukannya sesuatu yang boleh dihasilkan dengan cakap-cakap kosong atau sekadar impian. Tarbiyah adalah syarat asasi. memerlukan kesabaran dan masa yang panjang kerana pembentukan manusia lebih susah dari membina bangunan. tetapi kesusahan itu mesti ditanggung kerana ia adalah asas. Negara Islam Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau bukan kerana tarbiyah. kegemilangan di badar tidak akan datang bergolek kalau bukan kerana tarbiyah. Keutuhan daulah selepas kewafatan nabi saw juga kerana adanya golongan al-awai'e yang ditarbiyah. Malah keutuhan daulah dikala khilafah lemah juga kerana wujudnya RIJAL yang sedia mempertahankan Islam"

bila mana Allah gerakkan hatiku untuk bangkit lagi menyeru...tiada apa lagi yang penting...tiada alasan, tiada lagi penangguhan....ini lah masanya..bukan esok..bukan lusa...sekarang!!!

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: