hanya sisa untuk ALLAH..?

by Wednesday, February 04, 2009 5 comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah…syukur pada Ilahi..selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw serta para sahabat…

Petang jumaat lalu,Allah telah memberi peluang untuk saya berada di depan tv. Selalunya waktu sebegitu, saya banyak habiskan masa dengan melayari internet. Apatah lagi diri saya yang sememangnya tidak suka duduk lama-lama depan tv..subhanallah..namun,Allah dah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambaNya..Cuma tinggal hambaNya sahaja yang berusaha mengambil manfaat setiap apa yang Allah hamparkan..betul kan?..:-)

Hmm..apa yang cuba saya nak kongsikan di sini, saya sebenarnya cukup terkesan dengan penyampaian dari ustadz Abdullah Gymnastiar dalam rancangan Al-Kuliyyah di TV3 petang hari itu. Tajuk yang dibincangkan adalah KUSYUK..saya menghayati setiap bait yang diucapkan oleh ustadz. Mana tidaknya, mula-mula tengok macam terkena pada diri sendiri. Sampai lah ke hari ni... terkesan benar pada hati saya bila fikirkan kata-kata ustad disebalik ulasan tajuk sholat yang kusyuk, iaitu kita lebih banyak memberi sisa pada Allah...maksudnya?

Sholat kita....atau apa jua urusan yang dikatakan ibadat khusus selalu dikerjakan tidak tepat waktunya. Kita sering melaksanakan sholat selepas kita puas melayani perkara lain. Kita melaksanakan ibadah setelah kita puas tengok tv sehingga habis rancangan kegemaran, barulah sholat. Kita sholat setelah puas berbual dengan kawan, barulah kita sibuk tengok jam dan baru lah tersedar diri belum sholat..ataupun bila kita puas meng’explore internet barulah perasan yang tanggungjawab belum tertunai...ataupun setelah kita puas tidur dgn lena, barulah terjaga dan baru sedar akan sholat..Subhanallah..

Itulah yang dimaksudkan sisa untuk Allah...membentangkan amal kepadaNya setelah kita puaskan diri dengan perkara lain tanpa keuzuran atau kekangan. Sedangkan Allah sedang menanti sujud sembah hambanya, tapi kita melewatkan pertemuan dengan tuhan..nauzubillah...inilah yang membuatkan saya rasa terkena pada diri sendiri yang sering saja terleka akan hal ini.

Kalau difikirkan dengan akal manusia yang serba dhaif ni, kita sendiri pun tidak mahu menerima sisa pemberian orang lain..kan? apatah lagi Allah..yang Maha Pemberi..

Bukan sahaja dalam soal ibadah sholat, malah ibadah lain juga kita bagai terlepas pandang akan hal ini..seperti dalam soal sedekah atau hal kebajikan lain,sering kali saya mendengar bualan orang "xpelah,ada lebih nanti kita sedekahkan untuk orang kat sebelah"....atau.."nanti kalau ada kelapangan, saya pergilah ceramah agama tu"....

Hmm..kenapa perlu ada 'LEBIHAN' atau 'LAPANGAN' baru kita nak bergerak selangkah untuk mendekatiNya...bimbang setelah kita 'mind set' bila ada yang lebih atau sisa lapang baru kita nak beri untuk Allah....walau sisa yang kita persembahkan itu tidak sedikitpun berkurang atau bertambahnya kekuasaan Allah, tapi dengan cara inilah Allah ingin menguji dan menilai setiap hambaNya..setakat mana hambaNya meletakkan keutamaan ibadah kepadaNya disetiap sudut tindakan dan gerak kerja mereka..

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi, sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakan diantaranya yang terbaik perbuatannya" ~Al-Kahf:7

Gerun rasanya hati ini bila fikirkan diri sendiri sebagai orang yang berkata-kata...kerana Allah akan menguji iman hambaNya atas setiap apa apa yang diperkatakan...namun, mungkin jugak bila saya yang berkata-kata ini boleh jadikan ia salah satu penguat untuk saya sentiasa ingat akan hal yang sangat penting daripada terlepas pandang lagi... insyAllah..

Jom sahabat!!!...

Sama-sama kita persembahkan yang terbaik untuk Allah...Tuhan Yang Maha Memberi..

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

husni said...

Memang whose turut terkesn di hati apabila membaca post nie..kadang-kadang kita terleka dgn hal dunia sehingga hal akhirat menjadi perkara terakhir untuk dilaksanakan...Mudah-mdhn whose dapat meningkatkan drjt keksyukn dlm ibadat dan meletakkan Allah sebagai yang 'PERTAMA'

Anonymous said...

amin....

Sakinah said...

assalamualaikum..

entri yg sangat bagus.. nak minta izin ain untuk masukkan entri ni dalam blog saya.. saya akan letak sekali link blog ain sebagai sumber.. boleh ke?

Anonymous said...

wa'alaikumussalam...

yer kak..silakan...

memamg ianya dicipta utk dikongsi...:-)

insyAllah...

Anonymous said...

salamullah alaik..

abdullah gymnastiar..
salah seorang dr sekian banyak orng2 yg menjadi teladan bg ku..
seorang yg sederhana...
hal2 yg sudah biasa disampaikan, tp dia sampakaikn dgn cara yg mudah n menarik..smoga ALLAH menjaganya..