IKLAN kini ~ sensitifkah kita??

by Wednesday, August 05, 2009 0 comments
"Eee..mak cik,..dia xpakai baju."

tersentak saya sebentar dari kekusyukan membaca surat khabar saat seorang anak saudara menggoyangkan tangan saya mendesak supaya memandang kearah apa yang tertera di TV.

"kenapa dia buka baju, makcik..?"

lantas saya memandang ke TV.

Astaghfirullah...Terkesima saya apabila terpampang seorang wanita tanpa segan silu membuka sebahagian kain yang menutupi tubuhnya. Kalau tidak silap saya, itu adalah iklan produk kecantikan. Jelas kelihatan kelihatan seorang wanita mempamerkan kecantikan tubuh badannya untuk ditatap umum.Pernah juga sebelum ini, saya tertengok iklan di TV yang pada saya agak 'over', tapi kali ini agak keterlaluan. Terdiam saya sebentar.

Dalam kepada saya ada dua persoalan yang harus saya jawab. Pertama, apa jawapan yang terbaik yang harus saya jawab dari soalan anak kecil yang masih belum mengerti. Dan kedua, kenapa 'virus' sebegini boleh tersebar dan senang ditonton di TV dan disiarkan sewaktu dengan siaran kanak-kanak.

"adik, dia tu xsolehah. Jangan ikut macam dia ya. Kita muslimah kena tutup aurat"

Dia memandang.Berkerut dahinya mendengar jawapan dari saya. Saya tahu, dia kurang berpuas hati dan mengerti dengan jawapan saya. Kalau sekiranya saya berada di tempat dia, mungkin saya juga merasakan hal yang sama. Pada saya, masalah ini adalah salah satu ‘anasir’ jahiliyah yang bahaya yang mudah menerobos masuk dalam minda kanak2 seusia 4 tahun sepertinya. Kerana apa yang ditonton dan ditayang adalah sesuatu yang ‘sesuai dan benar’ baginya.

Situasi antara saya dengan si anak kecil tadi berlaku setahun yang lalu, dimana waktu itu mungkin dia sedang beranggapan bahawa apa yang dilihat di sekelilingnya adalah sesuatu yang dibolehkan tanpa pertimbangan akal. Kini setelah setahun berlalu, saya berharap dia sudah memahami akan jawapan saya atas persoalan dia dulu. Dan Alhamdulillah, kini dia sudah agak faham konsep menutup aurat, malah dialah orang pertama yang cepat melenting sekiranya terlihat sesiapa yang tidak menutup aurat dengan betul.

Namun, dalam tempoh setahun yang berlalu itu jugak, sempat saya meneliti perkembangan iklan-iklan di televisyen. Amat mengecewakan. Malah bagi saya semakin 'membahayakan'.Perkembangan iklan di televisyen sebahagiannya pada saya tidaklah 'sematang' pemikiran kanak-kanak yang beranjak usia dari 4 ke 5 tahun yang mula mengerti nilai-nilai moral serta etika keagamaan.

Kalau dulu, saya kurang berjinak-jinak dengan TV akibat daripada kekangan masa, namun kini saya cuba menjadikan TV sebagai perehat minda dan mengisi masa terluang jika tidak menghabiskan masa dengan internet. Namun, setelah meneliti, sejujurnya, TV bukanlah sesuai bagi saya untuk merehatkan fikiran, malah lebih memenatkan lagi. Terlalu banyak yang mengelirukan saya sebenarnya.

Kerana apa?

Kerana terlalu banyak yang tidak kena. Terlalu ‘open’. Saya mengambil contoh beberapa iklan yang mempromosikan bebarapa produk untuk wanita. Pihak yang berkenaan menggunakan elemen untuk mempromosikan sekaligus bertujuan melariskan jualan dengan menggunakan model yang pada saya agak keterlaluan. Mungkin betul bagi pandangan mereka bahawa mereka mesti menggunakan cara tersebut bagi melariskan serta member kesan kepada permintaan produk mereka. Tapi inikah caranya yang perlu dilakukan oleh negara yang berimej Islam? yang menyedihkan, ada sebahagiannya menggunakan model muslimah, menutup kepala tetapi 'kurang bajunya'...Subhanallah..malah kadang kala ada iklan yang menggunakan perkataan yang kurang manis didengar apatah lagi tidak sesuai langsung untuk pemikiran kanak-kanak yang sememangnya mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan mereka dengar.

Sekiranya sahabat semua perasan, hal ini bukan sahaja terjadi pada iklan-iklan, tapi cerita yang disiarkan juga agak keterlaluan. Kadang-kadang apabila diteliti, jelas menghakis sepenuhnya nilai-nilai keagamaan. Pernah berlaku pada saya, ketika berehat bersama teman serumah sebelum melelapkan mata pada tengah malam dua hari lepas. Kami menonton rancangan di TV3. Rancangan komedi berbahasa inggeris itu pada fikiran saya bebas dari unsur-unsur negatif, tapi sangkaan saya salah. Tengah teruja melihat telatah kelakar pelakon, tiba-tiba keluar seorang perempuane. lantas melakukan aksi yang pada saya cukup mengaib dan memalukan. Dalam kepala saya bertanya, adakah saya sedang menyaksikan cerita porno? Astaghfirullah…kelam kabut kami mencari ‘remote control’ untuk menutup siaran.

Dan satu persoalan yang masih terawang-awang di fikiran saya, macam mana cerita sebegitu boleh ‘lepas’ dan bebas disiarkan umum? Tidak berfungsikah badan yang diamanahkan menapis rancangan-rancangan yang akan disiarkan di televisyen? Hmm…

Tapi, kenapa jadi macam ni ya?
Adakah masyarakat sekarang terlalu terbuka?

Pada saya…ya..!!

Masyarakat sekarang terlalu banyak didedahkan dengan perkara negatif. Seolah-olah keinginan dan permintaan manusia menjadi keutamaan tanpa menilai dari aspek agama. Di barat dan di negara-negara eropah lain, cerita dan iklan-iklan yang berunsur negatif sudah menjadi kebiasaan malah mereka iaitu orang yang berkepentingan akan berlumba-lumba menyiarkan cerita-cerita yang ‘hebat’serta iklan di TV yang sememangnya berunsurkan nafsu dan keinginan. Kerana apa? Kerana memang matlamat hidup mereka yang berpusatkan untuk memenuhi keinginan. Pada saya gejala dan unsur barat inilah yang menular ke masyarakat kita sekarang. Cerita dan iklan bebas menunjukkan unsur negative bagi memenuhi kehendak nafsu serta naluri manusia tanpa bertunjangkan syariat yang Islam gariskan.

Mungkin ada yang beranggapan, pemikiran dan pandangan saya terlalu kolot. Kerana tidak ‘bergerak’bersama-sama dengan perkembangan idelogi dan pandangan orang sekarang. Biarlah..kerana saya memilih untuk melihat masalah ini kerana tuntutan agama. perkara yang dianggap kecil bagi sesetengah orang, adalah sangat besar dan penting dalam membina akhlak dan akidah yang sejahtera. mana mungkin kebatilan dan kebenaran boleh bergerak seiring.

teringat firman Allah SWT:

"kalau sekiranya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan sesiapapun yang berada di dalamnya" (al-mukminun:71)

saat terbuai dengan keindahan palsu buatan taghut...

tanyalah hati..dimanakah sensitiviti kita ketika diri tenggelam dalam lumpur jahiliyyah?

tepuk dada..tanya lah iman.

wallahu'alam.

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: