Antara Dua; di sana atau di sini...

by Tuesday, October 13, 2009 5 comments
Antara dua…
Di sana atau disini…
Di sana terpikul tanggungjawab..di sini tergalas perjuangan ..
Di sana ikatan darah..di sini ikatan hati..
Di sana mula ku kenal dunia..di sini mula kukenal ‘cinta’…

Bagaimana harus kuhadapi?
Bila keadaan menuntut diri..
Memaksa ku memilih sendiri..
Antara dua pilihan yang menanti..

Ku terus menyoal diri..meminta pasti…
Apa yang ku cari di dunia ini?
Bukan kemewahan harta yang merajai hati…
Atau keselesaan dunia yang melenakan diri..
Tapi kebahagian yang nyata hakiki..
Dan jalan yang jelas ingin ku akhiri..
Dengan kejayaan ummah yang pasti suatu hari nanti…
Aku ingin menjadi ahli…
Di kalangan orang-orang yang menyertai…
Dalam perjuangan menyampaikan risalah Ilahi…
Meneruskan usaha getir nabi- nabi..
Sukar..tapi ini suatu yang pasti..
Akan ku semat di hati.. akan terus ku imani…

Dan disini..
ku temui jalan pengislahan diri…
Bersama dengan orang-orang yang memahami…
Dan sahabat yang saling menyayangi…
Cinta dan ukhuwah yang terpatri..
Membuatkan aku senang sekali…
Bagai ada damai abadi..di balik fikrah yang dikongsi…

Dan disana…
Juga ada mereka yang kusayangi…
Orang yang perlu aku jagai..perlu aku belai..
Walau tidak serupa yang disini…
Walau tidak ‘seharmoni’ di hati…
Akan tetap kugagahi…
Kerana diriku masih dimiliki…
Oleh mereka yang berhak atas diri ini…

Tanggungjawab itu menuntutku berdiri…
Bersama menegakkan hak yang suci…
Di kalangan orang yang ku sayangi tapi belum lagi mengerti…
Akan ku ubati..dengan caraku sendiri…
Pimpinan fikrah yang ku perolehi…

Nun di sana juga…
Bagai kepayahan sedang menanti…
Bila diri dihalangi…
Dari melangkah ke arah penyucian diri di jalan Ilahi…
Oleh mereka yang belum mengerti…
Atas apa yang sedang kucari dan sedang ku fahami…

Dan perjuangan itu…
Akan terus ku genggam…
Akan terus ku gigit dengan geraham…
Walau ada yang menegaskan…”jangan..jangan teruskan lagi!!’
Ohh..tidak…!!
Langkah ini pasti akan kuhayun…
pasti akan kuteruskan…
walau di mana langkah dan destinasiku setelah ini…
masih ada peluang untukku menjadi ahli…
bersama dengan orang yang memahami…
bagai menaiki keretapi menuju suatu destinasi…
aku bukan hanya mahu menjadi penumpang yang duduk atau berdiri..…
tapi sebagai seorang yang memandui..
kerana kurasakan sungguh rugi…andai diri hanya sebagai pemerhati…
sedang keretapi terus bergerak pergi…
menuju destinasi abadi..
sungguh nyata Allah berjanji…
suatu hari nanti akan digantikan suatu kaum dengan kaum yang lebih baik seperti yang telah terpatri dalam Qalam Suci…

“..dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan menderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak berkeadaan seperti kamu”

Sungguh..!! janji Allah pasti…

Kerana itu…
Aku ingin menjadi antara orang yang memegang panji…
Dan usiaku yang meniti hari..akan kucari orang yang bersedia mewarisi…
Bergerak..bekerja bersama memegang panji dengan rela hati…
Sedang saat ini aku berusaha perbaiki diri dan menyeru hati-hati ke arah ilahi…
Dan kini…Tangga maratib amal terus kulangkahi…
Menuju ke arah matlamat perjuangkan agama Islam nan suci..

Dan antara dua…
Atas pilihan yang menanti..
Ku terus pujuk hati..
Ya Allah…
Andai Redha Ilahi yang ku jejaki…
Kenapa harus terus ku persoalkan lagi….??

Yakinlah wahai hati….
Di manapun aku di ‘campakkan’ suatu hari nanti….
Di situ ada kasih yang menanti…
Kerana dunia dan bumi ini masih milik Ilahi…
Masih mampu ku lamar cinta sejati…
Masih mampu ku berjuang demi Ilahi…
insyaAllah…

di sana atau di sini?
ku serah segalanya pada ILAHI...
kerana hanya Dia yang Maha Mengerti...

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

5 comments:

Anonymous said...

salam
Allah melihat apa yang berada dalam hatimu...
kadangkala melepaskan apa yang kita sayang itu, lebih Allah redhai..

insyaAllah moga diberi ketenangan buat ukhti...

.::aiNy::. said...

wsalam..

ya..
syukran 'anonymous'..

Semoga Allah Redha..

wildan said...

dalam islam tu ada 3 amalan yg paling mulia..

1-sholat tepat waktu
2-berbakti kpd orangtua
3-jihad fisabilillah.

perhatikannya urutannya...hadis dari shoheh muslim..

dahulukan yg dahulu..kemudiankan yg kemudian...


berbakti kpd orangtua, selagi masih ada...selagi masih ada masa..selagi masih allah bagi kesempatan...klu dah xde...selesailah sudah semuanya..hidup ini terbatas oleh waktu..kami semua pasti akan pergi tuk selamanya...

wildan said...

dulu..seorang sahabat kecil,,ingin pergi berjihad...ketika dlm barisan, beliau ditanya oleh nabi..masih ada orng tua atau tidak..maka ketika dijwb ada..maka nabi memerintahkannya untuk pulang dan berbakti pd orangtua..

perintah yg sama skrng berada dihadapan..terserah mau pilih yg mana..sunnah dah ada...

.::aiNy::. said...

syukran to Wildan...

rasanya sesiapa yg menghayati apa yg saya cuba sampaikan pasti akan mngerti jalan mana yang telah saya pilih. hmm..

anyway,,terima kasih atas ingatan.