Hati ini perlu digoncang...

by Sunday, November 22, 2009 4 comments

Ya. Kadang-kadang hati ni tidak perlu sentiasa dihidangkan dengan kata-kata lembut mengusap rasa. Dipujuk dengan kalimah-kalimah indah membuai jiwa, tapi perlu sesekali digoncang, dihentak kuat sehingga mengejutkan lena, dimarah..diherdik. Biar sakit. Biar berbekas. Biar berdarah. Kesan-kesan inilah yang mampu membuatkan kita terkejut, dan tersedar dari lamunan.

Seperti mengejutkan orang yang sedang lena tidur dikala bencana besar yang datang dan memerlukan dia untuk bangun sebagai penyelamat keadaan. Namun, dek kerana selesanya tilam, empuknya bantal, dia terlupa akan tanggungawabnya untuk bangun dan menyelamatkan suasana. Dia sedar,bukannya dia tidak tahu. Walaupun setiap hari di beri kata-kata untuk dia bangkit, namun keselesaan itu bagai menutup dan mengunci rapat kelopak matanya. Pujukan agar dia terus bangun dari tidur itu bagai angin lalu. Tidak langsung berbekas. Kalau berbekas pun hanya seketika, kerana nikmatnya keadaan itu bagai membuatkan dia lupa kesan kata-kata seruan yang datang walau bertubi-tubi. Lantas dia terus tidur dan lena dipangkuan yang indah membuai mimpi.

Dengan cara apa lagi untuk mengejutkan dia dari lena itu kalau bukan dengan cara mengongcangkan badannya dengan kuat ? Biar dia bingkas bangun dan mencelikkan mata. Lantas memandang kanan dan kiri. Bagai orang yang baru tersedar dari mimpi ngeri. Saat itu, biar dia sendiri tahu yang disekelilingnya kini ada keadaan yang bakal menghancurkannya. Biar dia sedar, yang selama ini tidurnya itulah membuatkan orang lain binasa. Biar dia insaf, lenanya jugaklah yang telah membuatkan bencana semakin merebak bagai sukar untuk diselamatkan. Sedang dialah orang yang bertanggungjawab atas semua yang terjadi itu. Sehinggalah saat itu, terpulang padanya sama ada meneruskan tidur walau tahu bencana yang sedang menimpa atau terus bangkit menyelamatkan keadaan. Walau dia tahu pilihan mana yang akan merugikan dirinya.

Kehidupan orang-orang yang menyeru, tidak terlepas dari memiliki rasa untuk lena dengan kehidupan. Dipertaruhkan dengan rasa seronoknya pada kehidupan dan syurga dunia. Sehinggakan ujian itulah yang menenggelamkannya dari cita-cita sebenar sebagai penyelamat dunia yang sedang tenat. Namun, muhasabah yang berterusan mampu menyelamatkan orang-orang yang menyeru itu dari terus tenggelam dalam angan-angan yang merosakkan. Dan hati itu harus sesekali digoncang…dihentak bertubi-tubi dengan tarbiyah dan peringatan. Biar jiwa yang mudah alpa, sentiasa dalam keadaan peka dan terasa bahawa di sana ada sesuatu yang bakal membinasakan. Di sana ada sesuatu yang menghalang sebuah cita-cita yang gemilang. Di sana ada anasir hebat yang menyerang.

Namun, hati yang lena dengan tidur yang panjang pasti tidak akan sedar akan keadaan ini. Oleh itu, berilah peringatan yang berbekas pada jiwa. Ketukan yang bertalu-talu serta hentakan yang hebat pada hati. Biar jiwa yang sebelum ini terasa manja dek teguran yang lembut dan pujukan yang mesra tersedar. Biar hati yang sebelum ini terbahagi dua antara risalah dan nafsu, bertukar menjadi satu. Menjadi hati yang sentiasa bermujahadah melawan kenikmatan dunia yang melenakan. Biarlah sakit dengan mujahadah itu, kerana kesakitan itulah sebagai benteng kukuh melawan anasir dunia yang bakal melenakan jiwa orang-orang yang menyeru.
Saya tinggalkan mutiara hikmah yang penuh erti buat diri sendiri dan kalian;
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak" at-Taubah:38
wallahua'lam

Ya Allah…
Kerana kelalaian dan kealpaanku..
Jangan KAU hukum aku dengan mengeluarkan aku dari kalangan orang-orang yang menyeru ke jalanMU…
Kuatkan aku..dan kuatkan sahabatku..kuatkan jemaahku dan kuatkan orang-orang lain yang jugak menyeru ke arahMU…
Jangan KAU biarkan kami tenggelam dengan fatamorgana dunia yang akhirnya membinasakan diri kami sendiri…
Akan ku mujahadah untuk terus menjadi ahli menyahut seruanMU dan RasulMu….

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

ld said...

ini perspektif saya : goncang itu satu perkataan kasar yang membawa erti yang lembut. kita (manusia)ini selalu mempunyai keinginan agar kadangkala tuhan menggoncang hati untuk menyentap dari leka dunia.

indahnya Tuhan itu, Dia kadang mendatangkan goncang melalui nikmat dan kesenangan. diberiNya lagi rezeki ketika kita sedang hanyut dibuai nikmat. diberiNya lagi. dan lagi. kita akan punya persoalan 'owh tuhan..jangan aku disesatkan lagi dengan nikmat yang tidak henti ini..aku mahu sesuatu yang lain agar aku bisa kembali padaMu ! '

sedang nikmat itu sebenarnya satu bentuk goncangan halus agar manusia insaf dan kembali padaNya. ;) jadi kenapa masih perlu untuk berharap&tunggu goncangang tuhan? sedangakan tuhan memang sedang menggoncang iman, cuma dalam bentuk nikmat.

perspektif saya ;) selamat berkongsi.

.::aiNi::. said...

to saudara eskep...
alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian...
ya..setiap org mmpunyai persepsi masing-masing dlm mntafsir sesuatu...
ya, benar tafsiran saudara dari suatu sudut yang berbeza...

namun, apa yg saya cuba selitkan di sebalik nama goncang di sini adalah hati kita tidak perlu sntiasa brlembut..kadang-kadang perlu dipaksa...perlu diperingatkan dengan kata-kata yang berbekas...biar hati yg sebelum ni selalu dinasihatkan dgn nasihat yg lembut, namun cuba-cubalah marah sesekali..biar kita tersedar..

namun selalunya jarang kita nak marah pada dri sendiri..slalunya sahabat atau org2 trdekatlah yg boleh di harapkan utk mnjadi penggoncang pada hati itu..
memberi kata2 yang buatkan kita trsedar walaupun nasihat itu cukup menghiris...

wallhu'alam...
syukran sekali lagi atas respon..
moga terus maju bersama amal...

Putraz April said...

Diciptakan manusia dalam keaadaan lemah... Salam perjuangan... http://ashsyumul.blogspot.com/

.::aiNi::. said...

to Putraz April

Syukran atas ingatan..

salam perjuangan kembali