Percubaan yang meragukan

by Tuesday, December 15, 2009 2 comments
Hari ini saya telah mengambil satu keputusan yang sedikit sukar ...
iaitu menukar template baru blog. Ya, satu usaha yang meragukan sebenarnya..hmm..:-)

Namun, berbekalkan satu semangat serta dorongan yang lahir dari teguran seseorang yang katanya blog saya yang dulu, suram dan agak sayu, (mungkin background hitam tambahan lagunya sedih..hehe), lantas saya mengambil tindakan di luar perancangan, menukar wajah blog saya ke arah yang lebih bersemangat. InsyaAllah dengan niat yang satu..iaitu memberi yang terbaik buat sesiapa yang menziarahi 'rumah' ke dua saya ini.

Tindakan yang meragukan...

Ya, saya sebelum ini agak ragu-ragu menukar template baru. Bukannya sebelum ni tidak jumpa templat yang sesuai, tapi belum terbuka hati untuk menukar. Manakan tidak, saya sayang pada apa yang dah saya miliki (milikan sementara di dunia), takut kalau-kalau yang baru tidak seperti yang lama. Risau kalau apa yang dah saya letak dan hias cantik-cantik kat blog hilang begitu sahaja. Namun, benarlah. Boleh dikatakan 80 peratus apa yang dah saya letak kat blog sebelum ni hilang. Agak menyedihkan. Yelah, bukan senang nak cari dan susun semula dalam blog. Ada jugak yang tak berjaya disusun semula (tengoklah tajuk post besar gedabak, dah banya kali cuba tukar tapi tak dapat) Namun,alhamdulillah.. berbekalkan semangat untuk memberi yang terbaik, saya usahakan jugak (sampai terlupa makan minum..hehe)

InsyaAllah, semoga sedikit tindakan pembaharuan ini bakal melahirkan semangat yang lebih jitu dalam mengukir kata-kata dan bicara pengislahan diri kearah yang lebih baik. Tiada yang lebih penting di sini yang mampu saya lakukan selain dari memberi sesuatu buat untuk pembaikan diri dan perkongsian untuk sesiapa yang menziarahi 'saya'. Ibarat ladang untuk saya menanam, dan 'di sana' kelak tempat saya menuai. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat untuk semua...

~Terima kasih buat yang menegur..teguran yang membina..:-)

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

::Ukhty Najian:: said...

salam..kak..err..blog na hitam tu..camana?suram ke? hee..:p

.::aiNi::. said...

wsalam....

hmm..:-)
xla, blog na cantik dah..
lagi cantik kalau slalu update..hee..:p