Benci aku pada cinta itu...

by Saturday, April 24, 2010 11 comments

Aku tertunduk bisu saat mendengar perkhabaran itu,
Terasa sunyi seketika dunia dari bingit suara.
Terdiam aku dalam keliru dan lesu.
Menuntut kepercayaan dalam kepasrahan….

Aku sengaja bahasakan perkongsian ini dengan ‘aku’…
Kerana hanya aku yang mengerti saat perkhabaran itu tiba..
Dan hanya aku yang mentafsir bayangan kenyataan yang hadir tanpa diduga…
Oleh itu, izinkan aku berbahasakan ‘aku’ buat kali ini..

***********************************************************************************
Entah mengapa..terasa mual menyentuh kerongkong saat ungkapan ‘cinta’ menyinggah di telinga…

Aku bagai ‘tidak lalu’ benar dengan ungkapan itu…

Seandainya aku memilih untuk berjalan menuju destinasi yang jalannya penuh simpang dan liku, akan ku henti langkah kaki ku itu saat akau tiba-tiba bertemu papan tanda penunjuk jalan bertulis ‘Menuju Kampung Cinta’..

Rela rasanya aku berpatah semula, dan mencari jalan lain..biarpun beribu batu telah ku susun, biarpun penat setiap sendi dan urat akibat lelah berjalan mncari haluan, asalkan aku tidak lagi bertemu lorong menuju cinta itu..akan ku pahat di memori, jalan itu tak akan ku pilih lagi.

Namun saat aku memusingkan badan, bertukar langkah..aku berjumpa dgn pohon cinta…ingin rasanya sekuat hati aku lari…aku tidak mahu bertemunya…biarpn pohon cinta itu merendang dan indah dihiasi bunga-bunga kasih yang mengasyikkan..bergantungan lebat dgn buah-buah rindu..tidak..aku tidak mahu bertemu pohon itu, malah dikala kepenatan mencari teduhan…hanya pohon cinta mampu menyejukkan bahang kepanasan, namun relaku berdiri ditengah panas terik..biar peluh menitik di tanah gersang.. asalkan jangan menitik di bawan pohon cinta yang mempersonakan membiarkan titis peluhku menyirami tanah, dan meresapi akar ....aku tidak mahu berbudi padanya..

Aku meneruskan langkah ke arah destinasi menuju jalan Ilahi…tiba di satu persimpangan, aku bertemu dengan seseorang. Dia menawarkan aku pertolongan. Katanya, dia tahu di mana destinasi yang aku ingin tuju..dan dia sanggup membantuku menuju hakiki. Katanya juga dia tahu jalan ke sana penuh rintangan..penuh onak dan duri. Belum tentu aku akan sampai ke sana ke seorangan…dan dia menawarkan diri menjadi teman berjalan. Aku lega bertemu teman menuju taman impian.Tapi tawarannya bersyarat. Aku perlu menerima cintanya.

Mendengar syaratnya membuatkan aku sanggup melepaskan harapan yang baru ku kendong. Biarlah jatuh terburai.. berselerak ke tanah. Takkan aku kutip semula. Biarlah. Aku akan mengatur langkah keseorangan asalkan aku tidak meletakkan diriku dalam syaratnya. Menerima cinta. Sedang cinta itulah yang aku lari darinya. Biarlah destinasiku belum tentu ku temui. Biarlah aku mati di pertengahan. Asalkan cinta itu tidak melekat padaku, dan tidak menjengah hatiku..Tidak..!!

Aku masih kebisuan…

Sedang aku tahu cinta itu satu fitrah..kenapa harus aku lari darinya? Tidak berperasaankah aku?

Aku menggeleng…

Aku tidak tahu apakah aku perlukan cinta itu untuk hidup…

Kerana aku telah pun dibentangkan dengan kisah-kisah cinta yang sesat. Sesat bukan pada rasanya, namun sesat pada matlamatnya. Dan sesat pada sangkaan orang yang mendokongnya. Semakin aku fikirkan kisah itu, jiwaku terasa seolah-olah membahang. Membakar setiap sendi mengundang amarah mewakili syaitan. Aku terus beristighfar. Janganlah kisah itu terus menyelubungi ruang fikiranku, mampu melemahkan sarafku, menolak semangatku jatuh ke lembah yang lemah, menghumbanku ke jurang rasa sedih dan kecewa. Janganlah..

Benciku..amarahku..kecewaku..ada sebabnya. Bukan sengaja aku membazirkan waktu dan membuang rasa pada sesuatu yang bernama cinta. Namun, kisah itu buatkan aku serik untuk memandang cinta itu suatu yang mulia. Kerana dia telah mencemarkan kemuliaan rasa itu dengan nafsunya. Mengotorkan cinta itu dengan janji-janji palsunya.

Dan yang membuatkan aku begitu benci dengan cintanya adalah dia menggunakan nama yang Maha Suci bagi memperindahkan kata mengungkap janji. Sedang kata dan janjinya hanya palsu. Apa makna kemuliaan Ilahi padanya? Apa maksud sumpah ‘kerana Allah’ padanya? Adakah setiap baris ungkapan kata bersulamkan ayat-ayat Allah yang selalu menghiasi kata-katanya tidak langsung masuk ke qolbunya, lantas menyelinap ke dasar saraf mengundang gementar pada yang Maha Kuasa? Tidak berperasaankah dia?

Sedang dia masih berkhutbah dengan seruannya pada mengajak ke arah kebaikan, anggotanya masih tidak terjaga dari peliharaannya. Pandangannya belum tertunduk memandang yang bukan haknya, mulutnya sering dengan ungkapan indah bersulam janji kononnya kerana Ilahi, namun masih tercemar dengan ungkapan sayang dan rindu kerana nafsu. Nauzubillah…kadang aku kesian pada dia sebagai orang yang diuji.

"Ya, aku diuji…jangan salahkan perbuatanku kerana setiap hamba diuji, dan aku termasuk orang-orang yang diuji…aku difitnah, saat aku berdakwah, aku difitnah kononnya aku mengambil kesempatan..sedang aku cuba membawa mereka itu ke arah yang benar..jgn salahkan perjuanganku. " Katanya

Tidak..aku tidak salahkan perjuanganmu. Kerana perjuanganmu sungguh mulia. Apa yang kau perjuangkan juga sedang aku perjuangkan. Tapi aku persalahkan dirimu. Engkau seperti orang yang aku jumpa di persimpangan jalan. Menawarkan pertolongan ke arah mereka yang mencari jalan. Kau berjanji, kau akan menjadi temannya mencari jalan Ilahi. Kau bersumpah ‘kerana Allah’ bahawa hanya merekalah orang yang selayaknya engkau bantu. Sedang engkau punyai niat yang menyimpang. Kau tawarkan pertolongan dengan syarat. Menerima cintamu. Sedang dirimu belum lagi terdidik dengan tarbiyah yang utuh. Sehingga akhirnya menyimpang jauh ke arah matlamat asalmu. Ya, matlamatmu jelas, niatmu baik. Tapi caramu salah. Tidakkah kau lupa, matlamat itu tidak sesekali mampu menghalalkan cara.

Bila segalanya Allah bongkarkan satu persatu, akhirnya kau bagai menyerah dalam kalah. Katamu ‘ini ujian buatku’…ya, setiap balasan akan dianggap sebagai ujian. Tapi tidak terfikirkah engkau kenapa Dia melemparkan semula kepadamu? Bukankah setiap balasan Dia itu adalah teguran buatmu? Teguran hanya akan diberi pada yang salah. Tidak mampu lagikah engkau melihat kesilapan yang telah engkau lakukan. Atau engkau memilih untuk terus membisu bertemankan keegoanmu? Tidak kasihankah kamu pada mereka yang engkau aniaya?

Terpulanglah…

Siapa aku untuk menghukum mu..yang pasti, apa yang berlaku memberi kesan kepadaku..
Aku masih tertunduk..diam dalam rasa yang satu…benci.

Kisah itulah yang membuatkan aku merasa tidak lalu dengan ungkapan cinta. ya, aku tahu tidak seharusnya aku berprasangka sebegitu. Tapi kisah yang dianggotai insan yang mengerti makna cinta menuju Ilahi, telah mencemarkan kemuliaan cinta itu sendiri sehingga mengundang rasa pada diriku yang sedang memerhati.

Aku terus tertunduk….

‘Sampai bila engkau ingin membenci cinta itu?’ Hatiku seolah bertanya mengundang akalku memberi jawapan.

Sampai bila ya..Entah…aku sememangnya sedang berupaya membuang rasa benciku..kerana aku tahu, benci tu bersahabat dengan syaitan. Aku tidak mahu terus menerus meletakkan diriku dalam prasangka perasaan hanya kerana kisah-kisah itu benar-benar menuntutku mengambilnya sebagai pengajaran.

Ya, aku harus rasional. Apa yang Allah bentangkan ada hikmahnya.
Tapi semakin aku rasional, semakin kuat rasa mual menyinggah dada. Alergi benar aku dengan ungkapan ‘cinta’ itu.

Aku terus membisu…..

Aku hanya berdoa…moga suatu saat, kebencianku pada rasa itu semakin hilang, ‘cinta’ yang aku lari darinya akan datang biarpun aku rasa jelek dengan cinta sekarang.

Akan ku usaha…kerana suatu hari nanti aku perlukan cinta dari seseorang, kerana impian yang aku usaha untuk mencapainya ini, memerlukan cinta sebagai pendampingku.

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

11 comments:

Cikgu Adham said...

slm ziarah.. semoga sentiasa yg terbaikbuat anda...

Anonymous said...

jangan terlalu membenci cinta yang suci..sesungguhnya DIA MAHA PENCINTA...cinta dan bencilah sesuatu kerana Allah..setiap yang berlaku ada baiknya..ada hikmah setiap kejadian kerana Allah takkan menjadikan sesuatu dengan sia2...jangan terlebih dan jangan terkurang..biarlah bersederhana...moga dikau sentiasa dikelilingi cinta yang diiringi kasih dari ILAHI..insyaAllah ;)

Durratul Husna said...

Allah memasukkan cinta dalam hati sama ada untuk menguji seseorang hamba atau petanda jodoh, maka pulangkan rasa cinta itu pada Allah, kerana Dia yang menetapkan takdir akhir cinta... pesan buat diriku yang lemah...

Anonymous said...

last2 ukhti sedar juga.dari dulu ana cuba sedarkan ukhti tapi ukhti memilih untuk hanyut bersama cinta manusia itu,malah ukhti sanggup memecahbelahkan perkahwinan mereka.sekarang?rasakan kepedihan apabila ditipu.

MUHAYATI BINTI HAJI ABDULLAH said...

assalamualaikum..

kepada yg memberi komen:

"Anonymous said...
last2 ukhti sedar juga.dari dulu ana cuba sedarkan ukhti tapi ukhti memilih untuk hanyut bersama cinta manusia itu,malah ukhti sanggup memecahbelahkan perkahwinan mereka.sekarang?rasakan kepedihan apabila ditipu."

jangan mudah membuat tuduhan..berani memberi komen sebegitu tapi berselindung disebalik nama sendiri..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
princess said...

semoga berbahagia selalu.dan temui cinta yang suci.amin.

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam Ukhwah ukhti sayang..

Cukup ana perkenalkan diri Anonymous 2 ye ukhti..

Semoga berada dalam rahmat & kasih sayang Allah sentiasa.

Pertamanya ana mohon maaf, atas apa yang ingin ana sampaikan disini. Mungkin lari sikit.

Ana keliru la dengan komen Anonymous diatas, seperti yang diquotekan oleh ukhti Muhayati.

persoalannya... perfect ke dirinya itu?

Begini ye cara kamu memberi nasihat & bimbingan terbaik? inikah yang akan dilakukan kelak kepada anak kamu jika perkara sama berlaku dalam hidupmu.?

maaf lah, cara kamu mengeluarkan pendapat seolah-olah kamu terbaik. Siapa kamu ya? wahai hamba Allah, sedar peribadi kamu dulu, kalau baik dihadapan manusia, tapi hadapan Allah HANCUR...... maka lupus segala amalmu.

Azrianawati Bt Mohamad Jalil said...

aini...mekna ni..mekna suka post ni!

mariena said...

semoga suatu hr nanti bertemu dgn yg telah ditetapkan oleh tuhan.....