SOLEHAH KAH AKU ???

by Thursday, January 29, 2009 11 comments
Lama saya termenung..
mencari dimana kedudukan diri saat ini. Sukar untuk saya meramalkan tahap iman yang sedang saya capai sekarang. Rasanya semakin menurun. Mana tidaknya, kesibukan dengan kerja seharian bagai membuatkan saya lupa untuk merendahkan sedikit dahi untuk sentiasa sujud kepada ilahi. Hanya sholat wajib sahaja yang mampu tertunai. Masa untuk menghadirkan hati padaNya yang Maha Pengasih saat lapang apatah lagi saat sibuk jua bagai terbatas. Ya Allah…

Dunia ini penuh dengan segala macam kenikmatan. Ya..diri ini bagai terbuai dengan keindahan dunia, seperti melapangkan segala macam anasir mazmudah menerjah diri hingga ke lubuk hati tanpa sempat disekat. Bisik hati saya, saat ini mungkin Allah sedang menilai diri saya setakat mana saya meletakkan dunia dihati.

Dia membentangkan segala macam kenikmatan dunia, untuk melihat sejauh mana saya berfikir, merenung serta bersyukur atas apa yang Dia kurniakan. Atau saat ini saya terpedaya dengan tipu muslihat dunia, mencari sesuatu yang tidak hakiki..mengejar sesuatu yang tidak abadi..sehingga saya hampir lupa bahawa disana, ada akhirat yang s
edang menanti.. Nauzubillah..

Teringat saya akan peringatan indah dari Allah.. dalam surah al-An’am yang brmaksud...

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir".

Allahuakbar..!!
Nurani ini terus bertanya..sholehahkah saya?

Tidak!!! Cepat sahaja hati ini menangkis. Mana mungkin, hati ini mudah leka dengan dunia dan senang sahaja menerima apa pun jua anasir masuk ke ruang hati..mana mungkin!! Muslimah sholehah perlu ada benteng. Perlu ada sekatan-sekatan supaya berupaya menghalang segala macam kuman yang akhirnya dikhuatiri memakan nilai-nilai kezuhudan dan keimanan dalam diri. Saya perlu terus koreksi diri untuk mencapai tahap sholehah..tapi, akal terus mempersoal..bagaimana harus saya mulakan langkah?

Muhasabah..!!!

Nilai semula apa tindakan songsang yang pernah saya lakukan yang mungkin mampu memudarkan nilai keimanan dalam diri. 9 nafsu yang Allah kurniakan perlu digunakan sebaik mungkin. Inilah musuh utama saya, kalau tidak mana mungkin Allah berfirman dalam Qalam Sucinya, surat Jathiyah ayat 23 yang bermaksud:

"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."



Subhanallah...Benar peringatan dari Allah...

Peringatan yang perlu saya pegang, untuk saya benar-benar mampu memegang title sholehah...
Ini satu permulaan yang perlu saya turutkan....walau sudah beberapa kali melakukan permulaan yang sama, dan akhirya jatuh...tapi..saya perlu bangkit lagi. Kerana inilah lumrah penyucian diri...pengabdian kearah yang lebih hakiki..

Benar..mudah mengatakan..tapi sukar dilakukan..namun, janji Allah perlu sentiasa saya ingat, bahawa Dia akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang inginkan kebaikan. insyAllah.

Untuk diri saya...

Dan sahabat muslimah...

BANGUN..!!!...BANGKITLAH dr mimpi...

jauhkan dari kerusi empuk yang melenakan...ingat..dihadapan sana masih ada jalan yang perlu kita lalui...jalan menujuNya...

Syukurlah dengan segala apa yang ada...menjadi muslimah yang bersyukur lebih baik dari mendambakan kemewahan yang banyak melekakan.

Wallahu’alam...

~ain

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

11 comments:

hanimyusra said...

hmm..
artikel anti ni memang menusuk kalbu..
ana pun begitu..sejak duduk di rumah ni..kurang amalan sunat yang mengiringi..
lebih rehat dan leka..
trima kasih atas artikel ini...
memang Allah tengah menguji iman hambanya..
nuhassilu biha birridho..

Anonymous said...

seorang muslim akan lebih kuat jiwanya bila berdamping dengan orang-orang muslim yang sama fikrahnya...
jiwa mudah lemah bila selalu bersendiri...

jangan tinggal usrah...
luangkan masa utk daurah..jaulah..tamrin..
ikuti mukhayyam...
berjemaahlah..jangan slalu bersendiri..
dimana pun kita berada, pasti ada jalan keluar..ingat tu muslimah..
insyaAllah...

.::aiNi::. said...

salam...

syukran utk ukhty hanim yusra...:-)
semoga kita sama2 kuat hadapi ujian ni...sukar bila berhadapan dengan musuh dalam diri sendiri..tersembunyi..sedar2 diri dah hanyut..Allah..

insyAllah..
serahkan segalanya pada pemilik hati...:-)

.::aiNi::. said...

~to hambaNya

salam..syukran atas ingatan...ana xknal siapa hambaNya ini....

tapi insyAllah..ingatan yg sgt berguna utk ana...ada betulnya..ana xmampu bersendiri tanpa sahabat sefikrah...dan tanpa usrah...
mgkin disini la ujian Allah, dia jarakkan hubungan dgn sahabat utk menilai sejauh mana ana berusaha utk terus 'mencari'...

insyAllah...ana usahakan..

syukran skali lagi...
andai saudara'hambaNya' rasa perlu...knalkanlah diri...
wsalam.

Perokok Soleh said...

salam....
best la entry nie..
seswai tuk muhasabah diri...

kesimpulannya...bersyukurlah,hahaha
btol ker??

ps:aku berkata pada diri..
hebatkah aku?
sedangkan rokok masih xley stop lagi,adesss~~~

AyKay said...

salam ziarah..

lega hati bila baca entry2 begini. teruskan ber entry yg ilmiah. semoga dapat memberi manafaat kpd yg membaca

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

insyaALLAH..

man ana?
ana kenal enti...
tapi enti pastinya xdapat cam ana...mgkin kerana enti selalu menghijabkan diri dari memandang kami,para ikhwah.

kita pernah berkumpul semasa daurah ISMA dan mukhayyam PEMBINA.
slot semasa enti buat presentation.. ana kusyuk mengikuti..baik skali pandangan enti...insyaALLAH, smoga pemahaman yg enti pegang dapat disampaikan...

teruslh istiqomah ya...

BUKU HARIAN AKU said...

Semoga menjadi wania yang sholehah
Fadil
http://ahmad-fadil.blogspot.com/

BUKU HARIAN AKU said...

Oh ya ini e-mail aku

fatkhulanam@gmail.com

BAITI JANNATI said...

Assalamualaikum wr wb

Mbak kapan joinnya,sudah saya tunggu kok tidak ada yang masuk.

memang yang kasih komentar ini cowok, tapi bkan berarti hars di cuwekin kan.??????

Fadil tunggu balasan dari komentar ini lho..

Ahmad Fadil
http://ahmad-fadil.blogspo.com/
fatkhulanam@gmail.com