Ibu bapamu...dahulukan mereka.

by Wednesday, February 03, 2010 0 comments

Ketika kita masih kecil, ibu bapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.
Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ikhwah atau akhawat daripada ibu bapa.

Ibu bapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankah ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?

Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

Jagalah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib atau naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibu bapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibu bapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

Naqib atau naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibu bapa. Jika ihsan ibu bapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib atau naqibah, maka ibu bapa mesti didahulukan. Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibu bapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.

Moga kita tidak menjadi beban dan perosak imej dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.


dipetik dari; http://kunayanie85.blog.friendster.com/

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments: