Singa yang Menjadi Kijang

by Wednesday, January 27, 2010 4 comments
“Bila tarikh bermulanya kejatuhan negara Islam ? “ Ustaz memulakan sesi dengan persoalan.

“Bila pula tarikh tertegaknya kerajaan Uthmaniyah yang menyebabkan Islam sedikit bangkit?” Semua diam.

“..dan pada tahun bila Khalifah Umar memerintah?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Ustad selaku orang yang memberi pengisian Nadwah kefahaman Islam. Semua yang ada dalam dewan waktu itu bagai tertunduk. Termasuklah saya.

Lama menunggu jawapan. Terdengar ada suara yang cuba untuk menjawab namun kedengaran sangat perlahan. Dia tidak yakin dengan jawapannya barangkali.

‘ Hmm…kalau 1258 M, Monggol di serang oleh Tartar menyebabkan kerajaan Abasiyah jatuh, kalau kerajaan Uthmaniyah pula pada 1924 M, dan waktu inilah Islam jatuh terus sehinggalah sekarang. Pemerintahan Khalifah Umar pula kalau tidak silap pada……’ saya berkira-kira dalam fikiran. Cuba untuk ingat semula tarikh-tarikh tersebut namun, antara betul atau tidak saya kurang yakin.

“ kalau lah setakat ini pengetahuan antum semua tentang sejarah Islam, saya rasa Islam akan datang pasti akan lebih jatuh lagi rendah berbanding kejatuhan di zaman Uthmaniyyah dahulu”. Ustaz bagai meluahkan rasa.

“ ..dan kalau inilah tahap kefahaman antum semua, saya juga yakin Islam pasti tidak berbangga memiliki ahlinya seperti kalian.” Dewan sunyi seketika. Terpukul dengan tegasan dari ustaz.

“..dan saya juga yakin, bila saya suruh antum semua bercerita soal sejarah tanpa menyebut mana-mana sejarah, saya yakin kita semua terasa sejarah negara lebih dekat dengan kita berbanding sejarah agama..betul atau tidak? Sebut saja sejarah, dalam fikiran kita hanya ingat 31 Ogos. Atau saat-saat kejatuhan Melaka di tangan Britis. Atau ketika Parameswara datang sebagai penyelamat negara. Betul kan? “ soal ustaz bertalu-talu menyebabkan hadirin sunyi seketika. Ada detik muhasabah di sini.

Saya sendiri bagai terpukul dengan persoalan dan kenyataan bertubi-tubi dari ustaz. Bukan sahaja menyinggah di telinga, tapi terasa menyelinap dalam jiwa. Menyentuh mata hati, menjemput akal utk mentafsir. Betapa jahilnya rasa diri pada sejarah ummah. Bukan tiada peringatan langsung tentang ini, ada. Namun mungkin kerana tidak mengambil dan melihat hal ini seserius mungkin sehingga lahirlah jawapan-jawapan yang kurang yakin dan belum tentu tepat.

Ini Sejarah Kita

Sekiranya sebelum ini, kita sering di hidangkan dengan kisah-kisah sejarah bangsa. Sehingga lahirlah kita seorang yang cintakan bangsa. Setiap peristiwa bagai terakam kemas di kotak fikiran. Betapa kita cakna dan ambil tahunya kita terhadap salah-silah pembentukan negara. Tidak salah, namun ada sejarah yang lebih penting untuk kita tahu sebenarnya. Sejarah kebangkitan dan kejatuhan Islam. Kalau kita mampu cintakan bangsa kerana kita hayati setiap episod sejarah negara dan saya yakin kita jugak mampu mencintai agama dengan sepenuh hati andai kita tahu episod perjuangan agama kita.

Namun,inilah yang telah berlaku sekarang. Kita lebih mengagungkan sejarang bangsa dari sejarah agama. Mungkin di sebabkan kita dilahirkan semulajadi dalam Islam,kita melepaskan pandangan untuk duduk sebentar dan merenung episode sejarah Islam yang terlakar tanpa diambil peduli oleh kebanyakan antara kita. Sehinggakan bila diceritakan sejarah perkembangan dan kejatuhan Islam terasa seperti itu adalah sejarah orang lain, padahal inilah sejarah kita.

Sejarah yang menceritakan titik tolak perjuangan Nabi Muhammad menyampaikan dan mempertahankan agama Islam serta di sambung pula oleh para sahabat kemudian disusuli pula oleh mereka-mereka yang menjadi khalifah mempertahankan negara Islam waktu itu. Islam telah pun melalui detik-detik kejatuhan yang waktu itu telahpun dikotori dengan anasir orientalis dan kristianisasi. Disusuli penyebaran nasionalisme dan sekular kemudian kedaulatan negara Islam terus jatuh sehinggakan Al-Quran tidak lagi dijadikan rujukan mutlak bagi perlembagaan. Pencemaran anasir-anasir itulah yang akhirnya melahirkan generasi muslim berstatus munafik. Bukan sahaja pemikiran dan akhlak tidak mencerminkan keislaman bahkan hati mereka tanpa sedar mengingkari Allah.

Kijang yang Pengecut

Kesan kejatuhan khilafah Islam dek pencerobohan anasir sekularisme telah melahirkan ‘kijang yang pengecut’. Manusia tidak lagi menjurus kepada Al-Quran tetapi lebih mengagungkan budaya Hedonisme sehingga agama di asingkan terus daripada kehidupan. Kuasa-kuasa besar yang jelas kekufurannya telah dijadikan tauladan sehinggakan segala macam bentuk tingkahlaku dijadikan contoh kononnya itulah dikatakan kemajuan. Padahal inilah taktik halus yang cuba menyelinap masuk ke dalam diri setiap orang muslim. Mereka yang sedar akan hakikat ini pasti merasai betapa anasir sekular telah mempengaruhi corak pemikiran dan tingkahlaku. Hasilnya lahirlah muslim yang rosak akhlaknya, hancur pemikirannya, lebur keperibadian muslimnya, sehingga suatu tahap boleh mencapai status murtad apabila diri yang dinodai anasir tersebut hilang pertimbangan dalam memilih antara yang hak dan batil. Mengasingkan terus nilai-nilai Islam dek mengagungkan barat dan sekular . Akhirnya, tinggallah Islam hanya pada nama.

Semua inilah yang membuatkan kita seolah-olah menjadi kijang yang pengecut. Di saat Islam diperkudakan, kita hanya diam, bahkan tidak merasakan itu tanggunjawab kita untk pertahankan. Kerana apa? Kerana bagi kita Islam hanya pada nama. Tiada apa yang perlu dibanggakan. Kalau ada pun sedetik cuma rasa dihati, kita hilang keberanian untuk bersuara, kerana ada kuasa yang lebih berkuasa.

Segala sistem yang ada telah menjurus kepada kekufuran pada Allah. Matlamat tidak lagi berorientasikan Allah tetapi bertuhankan kebendaan, nafsu, kuasa, keinginan dan bermacam lagi nikmat keduniaan. Anak-anak dididik dengan sistem jahiliyyah, semuanya melarikan minda mereka daripada ketaqwaan kepada kekufuran. Ini semua adalah agenda toghut ciptaan Yahudi bagi menguasai segala sistem kehidupan sehingga lahirlah kita sebagai kijang yang pengecut yang tidak lagi menerkam ketika ada kekufuran tetapi sebaliknya berusaha memboloskan diri daripada keazaman untuk menentang.

Singa yang Garang

Siapa ‘singa yang garang’? Mereka adalah orang yang memberontak dan bertindak setelah merasai adanya kekufuran. Bertindak berani menentang kekufuran yang kian bersarang. Andai disingkap kisah para sahabat, mereka adalah singa yang garang. Lihat sahaja pada peribadi seorang hamba, iatu Bilal bin Rabah. Bilamana dia sendiri diberi pilihan untuk memilih antara iman dan kekufuran, boleh sahaja dia memilih kekufuran anadai dia utamakan keinginan tetapi, iman yang kejap di hati telah menjadikan dia adalah singa yang garang menentang sehinggakan dia pertaruhkan nyawanya untuk Islam. Begitu juga pada peribadi Sumayyah, Abu Bakar, dan ramai lagi pejuang yang mampu menjadi tauladan. Mereka bangkit saat Islam ditentang. Kerana mereka tahu dan sedar akan sejarah Islam. Sedar akan hakikat betapa sukarnya Rasulullah memelihara agama sehingga nyawa dipertaruhkan.

Pantaskah kita untuk melihat agama terus diperkudakan? Andai kita biarkan anasir toghut menjelajah, pasti lebih ramai lahirnya kijang yang pengecut. Sehingga terbuktilah Sabda Nabi saw:
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan akhirat".

Kijang yang Menjadi Singa

Andai difikirkan secara logik menurut hukum alam, mana mungkin kijang menjadi singa. Namun sebenarnya tidak mustahil andai dapat kita aplikasikan sifat kijang yang pada mulanya pengecut boleh bertukar menjadi sifat singa yang garang menerkam. Sejarah telah membuktikan semuanya tidak mustahil dilakukan. Lihat sahaja pada usaha Rasulullah saw. Bagaimana Rasulullah saw membina peribadi para sahabat yang pada awalnya mereka adalah kijang tetapi dengan tarbiyah dari Rasulullah mereka mampu bangkit seperti singa yang garang dalam mendaulatkan Islam. Semuanya bermula dari tarbiyah.

Tarbiyah mampu menuntut kita duduk sebentar dan merenuang sejenak, betapa kuasa toghut itu telah menjelajah halus ke segenap pelusuk kehidupan seharian kita tanpa kita sedar. Dan telah tiba masanya untuk kita tidak duduk diam. Kajilah dan fahamilah sejarah ketamadunan agama Islam. Letakkanlah diri kita sebahagian daripada setiap episod perjuangan Islam. Kerana kita orang Islam. Kita perlu tahu sejarah. Dari situlah akan terbit semangat untuk menentang kuasa toghut yang kian bersarang. Manakala dari semangat itulah melahirkan tindakan. Bertindak membuang dan menghindari sejauh mungkin diri dari anasir barat ciptaan kufar. Bina peribadi muslim dan bersihkan diri dan orang sekeliling daripada kotoran Jahiliyyah. Moga suatu masa nanti lahirnya generasi yang apabila disebut nama Allah, maka gementarlah hatinya. Kerana matlamat kita adalah meninggikan kalimah tauhid supaya seluruh alam sujud kepada Allah dengan sebenar-benarnya ‘sujud yang merdeka’.

Saya sendiri..sedang berusaha menjadi ‘singa yang garang’…..

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

hadjie said...

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

.::aiNi::. said...

alhamdulillah...

syukran..

addinkhalid said...

Salam. Good writing. Spread it among friends.

addinkhalid said...

Salam. Good writing. Spread it among friends.