kucing saya pun puasa jugak..:-)

by Tuesday, September 15, 2009 6 comments
Semalam, sewaktu saya telefon mak di rumah, dia menceritakan tentang cik kuning. Kata mak waktu itu cik kuning sedang tidur atas kerusi. Mula dari pagi selepas sahur sehingga tengahari masih lagi lena tak bangun-bangun.

Eh, sakit ke dia? Tanya hati saya.

Mak cakap “cik Ning puasa lagi la…sebab tu tidur tak bangun-bangun..xlarat nak merayau-rayau”
Saya tersenyum. Terbayang cik kuning yang sedang tidur merengkuk dengan penuh ke’comelan...:-)

Cerita mak lagi…
“Memang setiap hari cik ning macam tu. Dan kerusi di ruang tamu rumahlah yang menjadi singgahsana tempat istirehatnya. Kalau diangkat letak di bawahpun, cik ning akan naik semula, meringkukkan badannya yang montel dan menongkah dagu di lengannya. Tidurnya lena. Sehingga ‘kawan baiknya’ mengiau-ngiau di luar rumah sudah tidak dihiraukan"

Saya teringat masa di awal puasa hari tu, hari pertama kucing saya tu telah menunjukkan perangai yang luar biasa. Berbeza sewaktu puasa dengan sebelum puasa. Kalau di hari biasa sebelum puasa, saya telah arif benar dengan perangainya. Dia pantang kalau ada orang berjalan ke dapur, pasti di ‘ekornya. Melilau-lilau..mengiau-ngiau meminta makanan, walaupun waktu itu dia sudah kekenyangan. Entahlah, telinganya peka benar kalau ada sesiapa di dapur. Walhal kalau tengah tidur pun, cik ning akan terjaga lantas melompat dan berlari ke dapur. Tidak kira siapa, pasti digesel-geselkan badanya ke kaki siapa pun untuk meraih simpati meminta makanan. Selepas di jamu dengan whiskas baru lah dia cik ning keluar dapur kemudiannya lesap bersama ‘sahabat baiknya’ yang selalunya setia menunggu di luar…:-)

Tapi, sejak puasa ni..perangai dan gelagatnya agak berubah. Dia jarang sangat mengiau-ngiau meminta makan. Jarang ke dapur walaupun waktu itu mak atau sesiapa yang ada kat rumah sedang sibuk di dapur. Melihat kepada kepelikan perangainya, pernah sekali saya mengujinya. Sedang dia tidur lena, saya angkat dan letak di dapur. Saya melihat reaksinya. Cik ning hanya kaku berdiri lantas berjalan ke kerusi tempat istirehatnya dan tidur semula. Hampir petang baru dia bangun. Itu pun bangun dan melilau-lilau di dalam rumah sahaja. Selalunya bila ada ‘teman’ di luar sedang menunggu, cik ning akan pasti keluar merayau-rayau dan hampir maghrib baru dia pulang. Namun, sejak puasa ni, cik ning jarang sangat merayau-rayau di siang hari. Hanya tidur dan tidur. Sehinggalah waktu berbuka, dia akan sendirinya akan ke dapur, mengiau dalam keadaan lemah dan nampak keletihan.

Mula-mulanya saya ingatkan dia sakit. Sebab asyik terbaring je. Letak whiskas di depannya pun, dia hanya memandang bisu. Ada jugak kerisauan di hati. Yang peliknya, dia hanya nampak letih di siang hari, tapi mula aktif di waktu malam. Sejak bulan puasa, lepas je berbuka cik ning terus keluar rumah. Hilangkan diri, entah kemana.

Selera makan dia pun dah berubah. Kalau dulu berselera mengunyah whiskas , tapi sejak belajar berpuasa ni..hehe…dia hanya akan makan kalau dihidangkan dengan nasi yang digaul dengan ikan kukus. Wahh..mengada-ngadanya cik ning ni..dan kalau waktu sahur dialah antara yang pertama awal bangun. Bukak je suis lampu, dah nampak cik ning dengan matanya yang terkebil-kebil di dapur. Makan sahurnya banyak sekali, xseperti selalunya.

Hmm..

Saya cuba renung atas apa yang berlaku, kalaulah perubahan perangai cik kuning kali ni kerana dia pun berpuasa, alangkah kerdilnya diri terasa lantaran makhluk yang diciptakan Allah berusaha patuh akan suruhanNya. Walaupun tuntutan ibadah ini hanya diwajibkan untuk makhluk yang berakal lagi sempurna kejadian iaitu manusia. Manusia pun ada yang dikecualikan dari berpuasa.

Kalaulah benar apa yang berlaku atas kehendak dan petunjuk yang Allah cuba selitkan untuk manusia bahawa kepatuhan semua makhluk yang Allah jadikan, maka bertambah-tambah yakinlah saya akan ayat Allah:

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia?" ~Al-Hajj:18

Semuanya tunduk dan sujud, tanda kepatuhan pada sang Khalik, Pengcipta Segala Kejadian. Atas kejadian yang berlaku pada saya ini, mungkin ianya suatu kebetulan. Mungkin, kucing saya itu bertukar selera dan tingkahlakunya akibat usianya yang semakin dewasa. Namun, tiada kebetulan atau kejadian di bawah penguasaan Allah melainkan setiap apa yang berlaku pasti terselit maksud yang tersirat menuntut manusia untuk merenung dan berfikir atas apa yang berlaku.

“Sesungguhnya alam semesta ini: langit, bumi, planet, bintang, hewan, pepohonan, daratan, lautan, malaikat, serta manusia seluruh-nya tunduk kepada Allah dan patuh kepada perintah kauniyah-Nya. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "…padahal kepadaNya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa …”~ Ali-Imran:83

Saya meyakinkan diri saya lagi bahawa segala yang Allah ciptakan tunduk dan patuh pada segala perintah Allah dengan cara masing-masing yang telah Allah tetapkan. Seluruh makhluk, baik yang berbicara maupun yang tidak, yang hidup mahu pun yang mati, semuanya tunduk kepada perintah kauniyah Allah. Semuanya menyucikan Allah dari segala kekurangan dan kelemahan, baik secara keadaan mahu pun ucapan. Orang yang berakal pasti semakin merenungkan makhluk-makhluk ini, semakin yakin itu semua diciptakan dengan hak dan untuk yang hak. Bahawasanya ia diatur dan tidak ada pengaturan yang keluar dari aturan Penciptanya. Semua meyakini Sang Pencipta dengan fitrahnya.

Kejadian cik kuning dan ‘puasanya’ ini membuatkan saya merasa betapa hebatnya kuasa Allah. segala yang di langit dan di bumi tunduk sujud, patuh pada pengciptaNya. Seolah-olah ‘mereka’ sedar akan hakikat kejadiannya yang dicipta dan melata dibumi. Tidak terkecuali apa jua jenis makhluk. Yang menjalar, yang melilit, yang melompat, yang merangkak, yang berjalan, yang mengeluarkan buah, yang keras, yang lembut, yang pahit, yang manis, yang berair. Semuanya akur …sujud….menyembah diri pada Yang Kuasa.

Apatah lagi kita, yang Allah ciptakan paling istimewa di kalangan makhluk. Pantaskah kita mencuri ruang untuk tidak patuh pada suruhan Allah walaupun untuk seketika???

Hmmm..jom, sama-sama soal pada diri masing-masing.

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

6 comments:

Anonymous said...

salam kak...
waah..solehnyer kucing akak..
msti comey mcm tuannyer..hik3...
ermm..anis baru tau akak suka kucing..betul la..akak ni mmg pnyayang orangnya..alhamdulillah..:-)

..::بشرى::.. said...

kucing saya pn pose...rumah saya ade 22 ekor kucing..yg xpose juz ank kucing..huhu

.::aiNy::. said...

to anis:

wsalam dik...
lamanya xdengar khabar dik..
hmm..a'ah..kucing akak pose..tapi cian kat dia..sbb xder baju raya...hik3..

.::aiNy::. said...

to Sdr Busyro:

salam..
hmm..ramainyer kucing dia..
mesti meriah rumah..:-)

wildan said...

tapi pada 11 oktober ni sy call mak n tanya tntang cik kuning tu, mak kata dia xde kt rumah..dah pandai merayau dah..dah besar..dah tau jalan2 keluar..hhmm..atau cik kuning tu masih beraya lagi kot..

teringat ari tu..klu hp bbrbunyi..dia lg laju brlari brbanding pemilik hp..mcm orang call dia jer..perasan betol..:D

Anonymous said...

to Wildan...

yeke..hmm..:-)
dia rerindu sgt kat tuan dia kat sini kot..hehe..

yelah..dah besar panjang..panjang lah akalnya skarang..:-)