Bukan saya yang putus cinta...

by Sunday, April 25, 2010 3 comments
Assalamu'alaikum...
Semoga semuanya dalam Redha Allah...

Hmm.. terasa terpanggil pula untuk menjelaskan apa yang kurang jelas...

Mungkin ada sedikit salah faham..atau kekeliruan pada entri saya yang lepas bertajuk 'Benci aku pada cinta itu'..

Saya sudah menjangkakan..macam-macam komen yang bakal saya terima..dan ternyata tekaan saya betul malah diluar jangkaan lagi..

Oleh sebab itulah, rasanya lebih baik saya meletakkan kondisi diri saya dalam keadaan yang sebetulnya daripada orang berfikir yang bukan-bukan.

Kalau sebelum ini saya jarang berkongsi entri yang berbentuk luahan hati..jarang sangat.. tapi entri yang sebelum ni saya tulis benar-benar lahir dari perasaan sendiri. Saya tidak teragak-agak nak tulis dan letak di blog, kerana fikir ruangan blog saya adalah ruang untuk saya berkarya, jadi selagi tidak memburukkan orang lain atau menjejaskan hubungan sesama kita iaitu saya sebagai orang yang menyampaikan, dan orang lain sebagai pembaca, saya rasa tak salah.

Tapi mungkin sebab bentuk penulisan saya yang agak emosi ataupun 'bermaksud' menyebabkan ada yang salah tafsir

....... =)

Bila saya baca semula komen yang ada pada entri tersebut, macam-macam yang mentafsir, malah ada seorang kawan menelefon saya selepas membaca entri saya itu, dan dia bertanya seolah-olah bermaksud: "Kenapa..baru putus cinta ke?"

Hehe, saya tergelak.. Tidak..!! Langsung tidak..

Saya tidak bercinta, macam mana saya nak putus pulak?..hehe..

Entri itu saya jadikan perkongsian di blog selepas saya melalui beberapa kisah cinta yang telah diceritakan sendiri pada saya. Bukan bermaksud kisah cinta saya sendiri, tetapi kisah cinta sahabat-sahabat saya yang datang mengadu dan meminta pandangan tentang masalah yang mereka hadapi ( saya menjadi tempat rujukan secara tidak langsung. Walaupun saya bukanlah pakar dalam kisah cinta..=))..Tapi mungkin sahabat senang dengan saya, dan merasakan saya adalah tempat berkongsi rasa, dicerita kisah mereka. Bukannya hanya satu kisah, tapi beberapa kisah menyebabkan kesannya terkena pada perasaan saya sendiri sebagai orang yang mendengar. Macam-macam cerita. Sehinggalah menyebabkan saya memandang rasa cinta itu suatu yang tidak lagi mulia dek kerana orang yang mendokongnya. Saya tak salahkan perasaan itu kerana ianya fitrah, tapi saya kurang senang pada mereka yang dikurniakan cinta tapi meletakkan pada tempat yang salah.

Ok, berbalik pada hal komen entri saya tadi. Saya tak salahkan pembaca, kerana hak pembaca yang boleh mentafsir apapun saja terhadap apa yang dibacanya..Saya menerima dengan berlapang dada. Namun, disebalik itu ada satu komen yang buatkan saya termenung sebentar. Datangnya dari pembaca yang tiada nama. Dia membalas apa yang dia baca dengan tafsiran bahawa saya baru putus cinta...dan dia juga cuba menghukum saya dengan meletakkan saya sebagai orang yang seharusnya menerima balasan kerana kesalahan saya yang selama ini cuba memecahbelahkan perkahwinan orang. Itu katanya. Dalam fikiran saya 'adakah komen itu ditujukan untuk saya..atau dia salah orang?'..Saya tercari-cari..apa salah saya ya..Fikiran saya terus berputar mencari punca kenapa dia menuduh saya sedemikian. Rasanya saya sekarang tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki apatah lagi suami orang. Nauzubillah.

Hmm..mungkin dia salah orang kot...

Apapun, buat Anonymous yang menulis komen yang kurang enak dibaca pada blog saya ini, saya doakan saudari/saudara dilindungi Allah sentiasa.

Dan buat sahabat lain yang memberi komen membina buat saya...terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah merahmati kita semua...:-)

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments:

Durratul Husna said...

Bersabarlah atas sikap manusia yang kurang memahami, dan teruskan usaha menyampaikan yang baik, kerana Allah sebaik-baik Penilai hati :)

"Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran..." (Surah Al-'Asr)

Muslim Warrior said...

Bersabarlah....
Jangan kerana sedikit salah faham, akan melemahkan semangat juangmu di jalan dakwah ini.

Teruskan berjuang ya Ukthi!!! Semoga sentiasa di dalam lindungan Ilahi. =)

.::aiNi::. said...

to Durratul Husna:

terima kasih kak..
akak xputus2 bg smangat kat saya...
saya beruntung dapat kenal akak...:-) alhamdulillah.

to Muslim Warrior:

ya..terima kasih..atas lontaran semangat dan doa..smoga dalam lindungan Allah juga..:-)