Muslimah Srikandi Ummah

by Sunday, April 11, 2010 1 comments
"Sesungguhnya wanita merupakan kehormatan bagi ummah, jika mereka cedera maka seluruh ummah akan merasainya "~Mustafa Ramadhan

Wahai muslimah..!!
Telah sekian lama kita menyusuri hidup tanpa pimpinan nilai-nilai Islam, telah sekian lama kita berada di atas garisan yang tidak selari dengan islam, telah sekian lama kita membiarkan Al-Quran di selaputi debu tanpa di terokai, telah sekian lama kita biarkan hati dinodai cinta insan yang kadangkala penuh dengan penipuan.

Maka selama itulah kita menumpng kekuatan pada nilai hidup sistem yang lain yang jauh menyimpang dari fitrah manusia, namun kita terus tersenyum bodoh walaupun diperalatkan dan merobek-robek Islam yang haq..menyelongkar kesucian hati yang seharusnya tempat bertamu berkah.

Wahai Muslimah..!!
Mahukah kita terus menjadi buih, yang cantik berkilau namun hancur hanya dengan sentuhan halus tiupan bayu, atau mahukah kita diperalatkan seperti patung yang dihias dengan pelbagi fesyen untuk menarik minat pengunjung-pengunjungnya?

Kalau itulah yang dikatakan muslimah.. maka alangkah ruginya Islam, alangkah ruginya ummah yang memiliki kita dan alangkah ruginya generasi bakal mujahid yang akan lahir dari rahim kita sendiri.

Lantaran itu letaklah kita di posisi yang sentiasa berguna sebagai seorang anak, gadis, saudara seIslam, isteri, ibu, pelajar dan ahli masyarakat yang soleha. Lontarkanlah jauh-jauh dari lubuk hati kita perasan yang tidak menentu, kerana sesungguhnya kebangkitan Islam bukan hanya menjadi fenomena yang ditonton dengan asyiknya tetapi mestilah didokongi bersama.

Wahai Muslimah..!!
Kita kebenarnya telah lupa bahawa kita telah tercicir dari mengendong kesungguhan dan menggalas harapan. Ketika berhadapan dengan keganasan dan ancaman jahiliyah, dimana kita letakkan diri kita? Berserah diri dengan membiarkan jiwa dirantai anasir jahiliyyah atau bertindak membasuh sebersih-bersihnya kotoran yang bertamu tanpa diundang itu? Kalau kita hanya biarkan tanpa tindakan, adakah layak untuk kita digelar sebagai Srikandi Ummah?Apakah kita mungkin menjadi seperti ASMA yang mendidik dan memupuk anaknya Abdullah Bin Zubair agar tidak takut pada sesiapa melainkan ALLAH. Atau tidak berkeinginankah kita menjadi AISYAH, sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan masyarakat Islam pada masa itu, atau tidakah kita mahu menjadi UMMU SULAIM yang tenang mengkhabarkan berita kematian puteranya kepada suami tercinta?
Muslimahku sayang...
Siapa kata tangan yang lembut ini hanya mampu berdiam diri di rumah? Sedang tangan yang lembut inilah bakal membina ummah. Dengan apa? Mengislah diri, bina jati diri, lengkapkan peribadi muslim yang sejati, lantas tariklah hati-hati diluar sana yang sedia menanti. Biar sama-sama merasai. Biar sama-sama deritai detik-detik pengorbanan yang suci. Semuanya untuk melihat anasir jahiliyyah yang selama ini bersarang dalam diri, akan bersih dengan seruan ikhlas pada Ilahi menuju hakiki. Ya, muslimah....Kitalah penggeraknya. Bukan dia..atau dia..tapi kita. Kita insan terpilih yang Allah campakkan sedikit kefahaman..sampaikanlah. Biar hati-hati di luar sana merasai apa yang kita rasai. Lantas memudahkan kita bergerak seiring bersama menaiki tangga Maratib Amal menuju Ustaziatul Alam..InsyaAllah.

YA ALLAH...............
KURNIAKAN KAMI KEKUATAN , KETENANGAN, KEMUDAHAN SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA UNTUK MENDAMBA KASIH MU, MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI MU, MENDALAMI ILMU DAN RAHSIAMU, SERTA HIASILAH KAMI DENGAN QUDWAH UMMUL MUKMININ, KETABAHAN MARYAM, KESUNGGUHAN RABIATUL ADAWIYAH DAN KECERDIKAN ZUBAIDAH....DALAM MEREALISASIKAN TANGGUNGJAWAB DAKWAH MU...SEHINGGA MELAYAKKAN KAMI MENJADI.....SRIKANDI UMMAH.

InsyaAllah...amin.

.::aiNi::.

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comments:

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.